CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17598|Reply: 0

[Pulau Pinang] Denda RM2,800, 'kurang ajar' pada polis

[Copy link]
Post time 14-12-2023 05:28 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD Dzahir (kiri) dijatuhi hukumam denda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani kerana menghalang tugas polis pada 9 Disember lalu. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Sungai Petani: Seorang penganggur didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, kerana menghalang anggota polis menjalankan tugas pada 9 Disember lalu..

Majistret M. Kalaiarasi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Dzahir Abdullah, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Tertuduh bertindak menghalang penjawat awam iaitu seorang Sarjan dalam menjalankan tugasnya di Kawasan Perkilangan Bakar Arang di sini pada jam 1.30 pagi hari kejadian.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000.



Selain itu, Mohammad Dzahir turut mengaku salah atas tuduhan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas hasil saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Bagi kes itu mahkamah menetapkan 14 Februari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Preeya manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nur Firzana Ahmad Suhaimi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-ajar-pada-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070725 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list