CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4527|Reply: 0

[Sarawak] ADUN Daro santuni keluarga mangsa kebakaran di Kampung Nanga Besar

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode


Safiee (enam kiri) ketika menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Nanga Besar, Daro hari ini.

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad menziarahi serta menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran Yasa' Dollah, 69, di Kampung Nanga Besar, Daro hari ini.

Kediaman sembilan sekeluarga terbabit terbakar sekitar 5 pagi tadi.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya," katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau berkata, amat memahami bencana yang melanda keluarga itu bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka, namun harus reda dengan apa yang telah terjadi.
Safiee pada masa sama menasihati pihak Jawatankuasa Bencana Daerah Daro untuk memantau keperluan lain keluarga terbabit.

Bagi keluarga mangsa pula, segala dokumen penting tidak dapat diselamatkan dalam bencana itu.

Mengiringi beliau ialah kakitangan Pejabat Daerah Daro, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daro, Pejabat Baitulmal Daro dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Daro.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.142808 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list