CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3320|Reply: 0

[Sarawak] APM Bintulu pantas tangani ancaman sarang tebuan dan ular berbisa

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode


APM memusnahkan sarang tebuan Pusat Latihan Pertanian Sungai Sebiew, pada Rabu.
BINTULU: Sarang tebuan tanah sebesar tong sampah berjaya dimusnahkan oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan Pusat Latihan Pertanian Sungai Sebiew, Batu 10, Jalan Bintulu-Miri di sini, pada Rabu.

Pemusnahan sarang serangga berbisa itu diketuai oleh Sarjan (PA) Masni Sanai bersama lima anggota.

Pegawai Pertahanan Awam Bahagian Bintulu Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai sarang tebuan itu pada jam 11.57 pagi seterusnya diberi taklimat sebelum bergerak ke lokasi.

"Tiba di lokasi, anggota Skuad ASTO Charlie APM bersama pengadu pergi ke tempat sarang tersebut sebelum memulakan permusnahannya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Seekor ular tedung hitam berjaya ditangkap di Taman Sri Pelabuhan Bintulu, pada Rabu.

Beliau berkata, usaha memusnahkan sarang tebuan itu berjaya dilakukan dengan teknik semburan racun dan pembakaran.

Sementara itu juga pada Rabu katanya, seekor ular tedung hitam sepanjang dua kaki turut berjaya ditangkap dengan menggunakan teknik menyepit di belakang sebuah rumah di Taman Sri Pelabuhan di sini.

Penangkapan reptilia itu dibuat dengan tindakan segera bagi memastikan keselamatan penghuni rumah tersebut dan dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Ular tersebut kemudiannya dimasukkan dalam bekas plastik khas untuk tindakan susulan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054435 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list