CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1898|Reply: 0

[Sabah] Sambutan 'Countdown 2024' signifikan, serentak perasmian tiang bendera tertinggi

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim (tengah) bersama yang lain menunjukkan poster sambutan 'Countdown 2024' yang akan diadakan pada 31 Disember ini selepas sidang media di pejabat beliau, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Sambutan Pengiraan Detik Tahun Baharu 2024 atau 'Countdown 2024' merupakan acara signifikan memandangkan ia serentak dengan perasmian tiang bendera tertinggi yang terletak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, sambutan anjuran kementerian itu akan berlangsung di Tebingan Kuching bermula jam 8 pagi, 31 Disember ini hingga 1 pagi, 1 Januari 2024.

“Bagi acara 'Countdown 2024' yang akan berlangsung pada 31 Disember, terdapat beberapa keunikan berbanding acara yang telah diadakan pada tahun sebelum ini.

“Selain daripada persembahan hiburan, masyarakat Sarawak akan menyaksikan acara khas iaitu perasmian tiang bendera tertinggi di Malaysia pada malam sambutan nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai sambutan 'Countdown 2024' di pejabatnya di sini, hari ini.

Tiang bendera terbabit, mercu tanda baharu di Kuching setinggi 99 meter dengan kos pembinaan RM30 juta, bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada malam sambutan tersebut.

Menurut Abdul Karim, selepas selesai perasmian tiang bendera berkenaan, akan berlangsung persembahan khas sekitar kawasan itu sebelum pengiraan detik 2024 dimulakan.

Katanya, pada detik ambang 2024, para jemputan dan rakyat yang hadir akan disajikan dengan pertunjukan bunga api berirama selama 10 hingga 15 minit.

Menurutnya, suasana meriah bagi acara 'Countdown 2024' dihangatkan lagi dengan persembahan daripada artis popular tanah air seperti Datuk Amy Search, Datuk Zainal Abidin, Hael Husaini, kumpulan Floor 88 dan kumpulan De Fam.

“Pada malam 31 Disember itu beberapa segmen persembahan akan diadakan iaitu prapersembahan, segmen satu dan segmen dua yang bermula dari jam 6.45 petang hingga 12.55 tengah malam di Tebingan Kuching.

“Bagi segmen prapersembahan, rakyat Sarawak akan dihiburkan dengan 'music instrumental' oleh beberapa kumpulan 'buskers' tempatan yang berlangsung di Godown Amphitheatre,” ujarnya.

Beliau berkata bagi segmen satu, ia menyaksikan persembahan tarian pembukaan daripada Kinate Dance Group.

Acara diteruskan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi tempatan Sarawak iaitu Firdaus Matrang, Raquel Then, Richmond Allan Morshidi, Bob Yunus dan Karen Libau.

Pengunjung juga kata Abdul Karim akan dihiburkan dengan persembahan tarian daripada kumpulan Panggau Libau 2 dari bahagian Sri Aman yang merupakan finalis bagi Festival Kesenian Sarawak 2023.

“Bagi segmen kedua, persembahan pembukaan oleh kumpulan kanak-kanak Majlis Seni Sarawak (MSS) yang merupakan peserta daripada Kelas Bimbingan Seni MSS termasuklah adik Dion Das Louis,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.060144 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list