CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1896|Reply: 0

[Sabah] Sabah teroka Ekonomi Biru bersama pelabur asing

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Safar (empat kiri) ketika mewakili Hajiji merasmikan Program SMJ-EKOB 2023 Khazanah Baharu Melalui Konsep Ekonomi Biru di negeri Sabah di sini.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited akan menerokai Ekonomi Biru dengan kerjasama pelabur-pelabur asing yang pakar dalam bidang berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, ia sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebagai salah satu pendekatan bagi merancakkan lagi ekonomi negara.

Katanya, kerajaan negeri berhasrat meneroka Ekonomi Biru yang bertujuan pembangunan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat selaras dengan Belanjawan 2024.

“Ekonomi Biru berpotensi besar dalam pelbagai bidang termasuklah perikanan dan akuakultur, perkapalan dan pengangkutan (logistik), pelancongan serta tenaga boleh diperbaharui.

“Selain itu, ia juga berpotensi dalam sumber-sumber mineral, bioteknologi dan farmaseutikal, blue carbon, pengurusan sisa dan kawalan pencemaran, kajian, pembangunan serta infrastruktur marin,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perasmian program SMJ-EKOB 2023 khazanah baharu melalui konsep Ekonomi Biru di negeri Sabah ‘Beyond Limits, Unleashing Economy’ di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong.

Hajiji berkata, sebelum ini, dia telah mengetuai delegasi ke Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China (GCET) di China, November lalu.

“Saya telah menjemput pelabur untuk meneroka konsep Ekonomi Biru dengan kerajaan Sabah bagi membangunkan sektor pemprosesan makanan.

“Hal ini kerana, Sabah mempunyai pantai terpanjang di Malaysia, dengan lebih 1,000 kilometer (KM) yang berpotensi besar untuk penternakan ikan dan hasil laut lain,” katanya.

Menurutnya, beliau turut meminta pelabur untuk mempertimbangkan sektor tenaga, merangkumi sumber bahan api fosil dan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan angin.

“Saya berharap semua pihak yang berkaitan dalam konsep Ekonomi Biru akan bekerja keras untuk menarik lebih ramai pelabur luar termasuk dari China.

“Kita harus sedar bahawa jika pada masa lalu ia hanyalah sebuah konsep dalam ekonomi, kini sudah menjadi satu kemestian untuk diterokai,” katanya.

Hajiji berkata, Kedudukan geografi Sabah juga sangat strategik, dikelilingi lautan seluas 37,300 KM persegi, dengan pelantar benua berkeluasan 116,800 KM persegi, dan garis Pantai sepanjang 2,383 KM.

Dengan khazanah dan kekayaan biodiversiti marin yang dimiliki negeri ini, katanya, Sabah sememangnya mempunyai potensi yang sangat besar.

“Justeru, kerajaan komited dan mengambil serius pembangunan Ekonomi Biru kerana memahami betapa besar implikasinya kepada rakyat, alam sekitar dan masa depan bersama,” katanya.

Hajiji berkata, konsep Ekonomi Biru diperkenalkan pada tahun 2012 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merujuk kepada pemanfaatan secara lestari sumber laut untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup, dan penciptaan pekerjaan, sambil menjaga kelestarian ekosistem marin.

Sementara di persidangan ASEAN di Brunei Darussalam pada tahun 2021, katanya, para delegasi termasuk Malaysia telah bersetuju untuk mengadaptasikan Ekonomi Biru di rantau ini.

Katanya, Hala Tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya menggariskan strategi pembangunan negeri dengan memanfaatkan semua sumber yang terdapat di negeri Sabah secara optimum.

“Sifat Pelan SMJ sudah seawalnya menyediakan ruang meneroka kaedah atau sumber baharu bagi meningkatkan pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan memelihara ekosistem alam sekitar.

“Perkara ini terkandung dalam teras utama Pelan SMJ di bawah elemen J: Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, yang prinsipnya menyokong agenda pembangunan Ekonomi Biru di Sabah,” katanya.

Menyentuh Program SMJ-EKOB 2023, Hajiji berkata ia adalah platform untuk mewujudkan kerangka ekonomi yang akan menentukan hala tuju Ekonomi Biru bagi negeri Sabah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062773 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list