CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1947|Reply: 0

[Sabah] Pelajar OKU, yatim piatu peroleh ijazah, tamatkan pengajian dengan cemerlang

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:22 PM | Show all posts |Read mode


CEMERLANG: Sean merakamkan gambar kenangan selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Hubungan Industri).



KENANGAN: Phil merakamkan gambar kenangan bersama keluarganya pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-25.

KOTA KINABALU: Kekurangan diri tidak menjadi penghalang salah seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Sean Seadie Kuyubin menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian bagi program Hubungan Industri di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sean, 23, yang menghidap Cerebral Palsy sejak lahir berkata, kejayaannya itu membuktikan golongan OKU juga boleh berjaya di peringkat yang lebih tinggi setanding dengan pelajar lain.

“Kekurangan diri membuatkan saya berhadapan masalah pergerakan dan pertuturan yang menyukarkan saya dalam pembelajaran sehingga terpaksa memerlukan bantuan daripada guru dan rakan bukan penghalang malah ia adalah inspirasi untuk saya mengecapi kejayaan.

“Sepanjang pengajian di sini, tenaga pengajar banyak membantu saya dengan menyediakan kemudahan komputer bagi memudahkan saya menjawab peperiksaan.

“Walaupun memegang status OKU, rakan-rakan tidak pernah mengabai dan memperlekehkan kekurangan yang dialami, malah sering memberi bantuan ketika memerlukan pertolongan,” katanya semasa ditemui pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-25 di sini.

Beliau juga menghargai jasa rakannya yang banyak memberi dorongan untuk meneruskan usaha sehingga berjaya menamatkan pengajian.

Sementara itu, kehilangan ibu bapa ketika menyambung pengajian tidak mematahkan semangat Phil Ryan Cayongcong, 23, untuk meneruskan pengajian sehingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Seni Visual dengan Kepujian, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTIF), UMS.

Phil berkata, kehidupan sebagai pelajar yatim piatu pada mulanya agak sukar dan tidak dinafikan keadaan ini menyebabkan dia berasa sendirian serta kehilangan tempat untuk berkongsi perasaan selepas kehilangan ibu akibat kanser payudara dan bapa yang dijangkiti COVID-19 masing-masing pada Oktober 2020 dan Ogos 2021.

“Saya tidak memandang ke belakang tetapi mengambil iktibar daripada setiap kejadian yang berlaku dan tekad mencapai impian dengan tidak mudah berputus asa.
“Kehilangan kedua ibu bapa membuatkan saya lebih cekal dan saya percaya kejayaan serta pencapaian pada hari ini membuatkan mereka bangga dengan saya,” katanya.

Anak sulung daripada empat orang adik-beradik ini mengakui beliau tidak sedih bagaimanapun berasa sedikit kosong dengan ketiadaan ibu dan bapanya semasa meraikan hari gembira ini.

“Syukurlah, ibu saudara dan adik-adik hadir bersama dengan saya di sini.

“Selepas ini saya berhasrat membuka sebuah syarikat produksi filem sekiranya memlunyai peluang kerana minat mendalam terhadap dunia perfileman sejak kecil,” katanya.

Sean dan Phil adalah antara 4,236 graduan yang diraikan pada majlis yang berlangsung selama empat hari di Dewan Canselor, UMS.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.056726 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list