CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1943|Reply: 0

[Sabah] SAR nelayan dikhuatiri lemas tamat

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode


SAR: Pasukan SAR menjalankan operasi pencarian di sekitar perairan Pulau Gaya.

KOTA KINABALU: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke laut di perairan Pulau Gaya, ditamatkan semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata SAR keputusan terbabit hasil perbincangan bersama semua agensi penyelamat.

“Operasi ditamatkan jam 1.18 petang pada SAR hari ketiga disebabkan tiada petunjuk positif berkenaan mangsa.

“Operasi ini akan disambung semula sekiranya terdapat petunjuk baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan, Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, SAR hari ketiga membabitkan keluasan pencarian sejauah 156 Batu Nautika (BN) persegi yang dibahagikan kepada sembilan sektor.

Katanya pencarian hari ketiga diteruskan dengan menggunakan Bot Kilat 39 milik Maritim Malaysia, sebuah bot Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebuah Kapal Diraja (KD) dan dua buah bot serta Unit drone atau Unmanned Aerial System (UAS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tiga bot milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta sebuah bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kekuatan seramai 90 pegawai serta anggota keseluruhan.

Menurutnya, keadaan cuaca adalah baik dengan kelajuan angin 30 hingga 40 kilometer perjam (km/h) dan tahap ketinggian ombak adalah 1.5 hingga 2.5 meter.

Isnin lalu, mangsa yang dikenal pasti sebagai Omar Ajid, 40, dikatakan keluar menangkap ikan kira-kira jam 5 pagi dengan memakai baju lengan panjang warna merah dan seluar bercorak celoreng warna hijau.

Pada jam 10 pagi, bot mangsa ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan enjin masih hidup di posisi 7.6 batu nautika utara Pulau Gaya.

Pusat Operasi Maritim yang menerima maklumat berkaitan kejadian daripada isteri mangsa melalui panggilan telefon pada tengah hari kemudian mengaktifkan operasi Carilamat kira-kira 2 petang melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.056528 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list