CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2229|Reply: 0

[Sabah] Warga DBDKK perlu budayakan kerja cemerlang, asas penyampaian perkhidmatan berkualiti

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Roshayati (empat kanan) dan Jailani (tengah) bergambar kenangan bersama penerima anugerah sempena Hari Kualiti DBDKK 2023 di Dewan Majlis Perkhidmatan.

KOTA KINABALU: Warga Desa Bina Diri Kota Kinabalu (DBDKK) perlu terus membudayakan kerja cemerlang yang menjadi asas kepada penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada  sesebuah organisasi.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Roshayati Omar berkata keupayaan dan keberkesanan penjawatan awam akan dinilai berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI).

Katanya hanya kakitangan yang benar-benar layak pada tahun penilaian akan dipilih menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang (APC) jabatan.

“Elemen kasih sayang turut diterapkan dalam konteks perkhidmatan awam oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyaraka Datuk Sri Nancy Shukri.

“Kita perlu aplikasikan bersama nilai berkasih sayang ini dalam setiap tugasan yang dilaksanakan dengan rasa tanggungjawab dan dedikasi,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Kualiti DBDKK 2023 di Dewan Majlis Perkhidmatan Masyarakat di sini.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Orang Kurang Upaya dan Warga Emas, Zulkiflie Hassan serta Penguasa DBDKK, Jailani Majit.

Seramai lima kakitangan institusi berkenaan menerima APC pada majlis itu antaranya dua Pembantu Pembangunan Masyarakat masing-masing Aeiron Domadul dan Fauziah Dawood Amil Hamja.

Tiga yang lain ialah Pembantu Perwatan Kesihatan terdiri dari Mohd Azren Ramli, Korulus Basah dan Siti Farizah Mat Sahab.

Dalam pada itu, Roshayati mengingatkan semua pegawai dan kakitangan jabatan agar sentiasa proaktif dalam menjayakan setiap program yang dirangka jabatan dari semasa ke semasa.

“Saya amat menghargai sumbangan tuan-tuan dan puan-puan selama ini, dasar dan peraturan sedia perlu dipatuhi serta memahami aspirasi dan ekspektasi Malaysia Madani.

“Menjadi asam garam sebagai penjawat awam, kita sentiasa terdedah kepada tohmahan, fitnah mahu pun aduan yang membolehkan kita disiasat, tidak kira masih berkhidmat ataupun sudah pencen,” katanya.

Sementara itu, Jailani berkata Hari Kualiti DBDKK adalah penganugerahan institusi kepada warga institusi kerana menunjukkan prestasi kerja dan perkhidmatan terbaik.

“Syabas dan tahniah, ini adalah sumbangan institusi atas kerja keras, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan.

“Penganugerahan ini juga menunjukkan bahawa perkhidmatan dan komitmen tuan-tuan sentiasa dihargai.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi motivasi dan mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pegawai dan kakitangan untuk terus membuktikan keupayaan masing-masing dalam menghasilkan perkhidmatan terbaik,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.050237 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list