CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9531|Reply: 0

[Perak] 120 acara meriahkan Tahun Melawat Perak 2024

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode

LORONG Concubine yang menempatkan pelbagai restoran dan kedai menjual cenderamata menjadi antara lokasi tumpuan pelancong yang melawat bandar raya Ipoh. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA



IPOH: Sebanyak 120 acara dise­naraikan dalam kalendar pelancongan Perak untuk memeriahkan Tahun Melawat Perak 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata, acara tersebut diadakan di semua daerah merangkumi aktiviti peringkat daerah, negeri dan antarabangsa yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan.

Menurutnya, acara yang diadakan itu merangkumi pelancongan berasaskan warisan, ma­kanan, alam semulajadi, percutian keluarga, kraftangan dan pelbagai segmen pelancongan yang lain.

“Acara yang disusun dalam kalendar pelancongan Perak sejajar dengan matlamat mencapai sasaran kedatangan lapan juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa.

“Perak menawarkan pelbagai segmen pelancongan menarik dan sesuai mengikut minat dan kecenderungan pelancong termasuk yang bercuti bersama keluarga.

“Senarai semua 120 acara da­lam kalendar pelancongan Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024 boleh diakses di laman web Tourism Perak,” katanya.

Menurutnya, Tourism Perak sudah bersedia sepenuhnya un­tuk menjayakan Tahun Melawat Perak dan yakin Perak akan men­jadi pilihan percutian, se­perti yang diharapkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Nurmalis optimis dapat mencapai sasaran lapan juta pelancong, malah yakin kedatangan pelancong melebihi sasaran yang ditetapkan.

“Kami mengharapkan satu pulangan yang baik dari sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2024. Walaupun kita sasarkan lapan juta pelancong termasuk pelancong yang bermalam, dalam masa yang sama kita mengharapkan jumlah yang datang lebih daripada itu.

“Apatah lagi bandar raya Ipoh dan Perak amnya bukan lagi sekadar menjadi tempat pelancong singgah untuk menikmati makanan.

“Melalui promosi yang kita jalankan, trend itu sudah berubah sebaliknya semakin ramai pelancong yang memilih untuk bermalam di negeri ini, se­kurang-kurangnya untuk satu malam.

“Berdasarkan trend itu, kami percaya jumlah kedatangan pe­lancong mampu melebihi sa­saran yang ditetapkan. Saya per­caya usaha kerajaan negeri memeriahkan Tahun Melawat Perak 2024 akan berjaya, sejajar dengan inisiatif yang digariskan di bawah program Perak Sejahtera 2030,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... melawat-perak-2024/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.086042 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list