CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: intuitable

proper way utk berzikir ketika sedang 'peot' di rumah

[Copy link]
Post time 8-3-2011 03:11 PM | Show all posts
hari tu saya ada jumpa dalam 1 website ni psl asma ul husna. kat situ bagi bilangan berapa ka ...

intuitable Post at 8-3-2011 14:53


jumlah-jumlah ini diperolehi dari hadith-hadith baginda saw atau pun diwariskan oleh guru-guru tertentu kepada murid mereka..Rasulullah saw sudah tentu mendapatkannya dari Allah swt..Namun bagaimana guru-guru tertentu mendapatkannya..Itu di luar pengetahuan saya..Yang pasti..Menerusi pengalaman para pengamal..Amalan tersebut membuahkan hasil..Sebab itulah terus dikongsikan generasi ke generasi..

Namun adalah lebih baik kalau saudari menyebutkan nama Allah dan memuji Allah dengan ikhlas..Sebagai lambang penghambaan seorang hamba kepada Tuhannya..Kalau boleh..sampai zikir tersebut boleh di bawa ke dalam tidur..Insya Allah saudari akan mendapat ganjaran yang lebih baik di sisi Allah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2011 03:18 PM | Show all posts
Reply 21# SiNoob


    owh..thanks! erm..tapi ada lagi 1 soalan. hehe..
sebelum mulakan mana2 asma ul husna tu, betul ke kita kena mulakan dengan selawat?
betul ke ada yang mengatakan kalau tak mulakan dan akhirkan dengan selawat, zikir kita tu tak diangkat atau diterima? :cf:
sebab kadang2 tu sedar2 je dah pagi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 03:37 PM | Show all posts
Reply  SiNoob


    owh..thanks!  erm..tapi ada lagi 1 soalan. hehe..
sebelum mulakan mana ...
intuitable Post at 8-3-2011 15:18



Baginda saw telah mengorbankan hidupnya, masanya, keluarganya dan harta bendanya dalam usaha baginda untuk mengajak manusia menyembah Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan suatu apa pun..Pengorbanan baginda saw adalah lebih besar dari mana-mana manusia dan sekalian rasul..Sebab itulah baginda menjadi kekasih Allah swt..

Bukan itu sahaja..Malahan baginda saw mempunyai segala sifat yang terpuji yang tidak mungkin boleh ditandingi oleh mana-mana manusia..Sebab itulah kita kena jadikan baginda saw sebagai contoh dan ikutan kepada kita..

Lebih dari itu..Baginda saw amat mengasihi sekalian umatnya..Baginda selalu bersujud dan memohon keampunan kepada Allah untuk umatnya..Apabila dikhabarkan keadaan umatnya di dalam neraka kelak..Baginda menangis dan bersujud berhari-hari kerana memohon Allah swt menyelamatkan umatnya..Dan ketika Jibrail melawat baginda ketika baginda saw hampir wafat..Baginda turut menunggu perkhabaran gembira untuk umatnya..Setelah dikhabarkan bahawa syurga diharamkan untuk sesiapa sehinggalah baginda dan umatnya masuk ke dalam nya..Barulah baginda menjadi tenang..

Apa yang saya kongsikan hanyalah sedikit dari kemuliaan dan ketinggian darjat baginda saw..

Sebab itulah kita kena berselawat ke atas baginda saw..Mudah-mudahan dengan kemuliaan baginda saw..Allah swt akan mengasihani kita..Jangan kata ketika hendak berdoa atau berzikir..Kalau saudari perasan..Dalam solat pun kita wajib berselawat sebanyak 2x..

Ada hadith yang menyatakan bahawa Allah swt paling suka apabila namanya disebut..Di ikuti dengan nama junjungan kita Muhammad saw..So kalau kita berzikir tanpa disertai dengan selawat..Saudari paham-paham sendiri lah..

Kalau boleh..Banyakkanlah berselawat untuk Rasulullah saw..Mudah-mudahan dengan rahmat Allah dan syafaat baginda saw kelak akan menyalamatkan kita dari azab Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 03:51 PM | Show all posts
Reply  SiNoob


    owh..thanks!  erm..tapi ada lagi 1 soalan. hehe..
sebelum mulakan mana ...
intuitable Post at 8-3-2011 15:18



Ada satu lagi amalan yang saya nak kongsikan dengan saudari..Iaitu sedekah yang sangat mudah..Tidak perlu mengeluarkan belanja..

Iaitu menyedekahkan fatihah, bacaan quran, zikir, doa, selawat dan lain-lain kepada sekalian muslimin, muslimat..Samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia..

Tapi Rasulullah saw dan keluarganya tidak layak menerima sedekah..Kalau nak beri pada rasulullah kena niat hadiah..

Saudari sambil drive ke apa..Niat dalam hati hadiahkan fatihah kepada rasulullah dan keluarga..Boleh juga sedekahkan kepada kaum muslimin muslimat..Sebab ganjaran sedekah ini sangat besar..

Apabila kita mendoakan orang..Para malaikat akan berdoa kepada Allah agar kita dapat juga apa yang kita doakan untuk orang tu..Kalau saudari sedekahkan fatihah untuk orang yang meninggal dunia..Kuburnya akan terang benderang..Dan orang tu akan mendoakan saudari juga..

Cuba lah biasakan diri..Kalau nampak orang susah..Doa dengan Allah supaya Allah permudahkan urusan orang itu dan lepaskan dia dari kesusahan..Nampak apa sahaja yang saudari kesian..Doa kan..

Bila doakan orang..Jangan bagitahu orang tu..Sebab antara kriteria doa yang dimakbulkan Allah ialah doa seorang mukmin untuk mukmin lain tanpa pengetahuan mukmin lain itu..

Mudah-mudahan apa kebaikan yang saudari doakan untuk orang tersebut..Allah beri pada saudari juga..Insya Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 04:03 PM | Show all posts
Reply 24# SiNoob


    terima kasih sgt2..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.232833 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list