CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5500|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia rampas minuman keras bernilai hampir RM100,000

[Copy link]
Post time 13-12-2023 02:19 PM | Show all posts |Read mode


LABUAN: Minuman keras pelbagai jenama bernilai hampir RM100,000 yang dipercayai cuba diseludup keluar dari wilayah ini berjaya dirampas Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini.


Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi Idros berkata, rampasan dilaksanakan sepasukan anggota Maritim Malaysia Labuan menerusi Op Sejahtera, Op Khas Kuda Laut dan Op Tiris yang dijalankan di kedudukan 0.21 batu nautika tenggara Tanjung Klias, Menumbok kira-kira jam 12.40 tengah malam.

“Semasa rondaan dijalankan, bot peronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot yang bergerak dalam keadaan mencurigakan menghala ke arah Menumbok.

“Semasa dihampiri untuk pemeriksaan, tekong bot bertindak terjun ke
laut dan melarikan diri ke hutan paya bakau berhampiran.

"Disebabkan faktor kawasan berkenaan sangat gelap dan berbahaya kepada anggota, usaha untuk terus mengejar dan memberkas suspek berkenaan tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut terhadap bot tanpa nombor pendaftaran itu menemukan sejumlah 5,472 tin minuman keras pelbagai jenama dipercayai dibawa secara haram dan diseludup keluar dari Labuan untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, bot dan barang rampasan diiring masuk ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Kes akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana membawa keluar minuman keras tanpa cukai melebihi jumlah yang dibenarkan.

"Usaha mengesan serta memburu dalang serta suspek diteruskan bagi
memastikan pelaku jenayah dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Izwanhadi menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan aktiviti jenayah di laut dan akan mengambil tindakan undang-undang yang berkaitan.

Dalam pada itu, beliau turut memohon kepada orang ramai untuk membantu pihaknya dengan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.195435 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list