CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2620|Reply: 0

[Sabah] Projek CIQS Serudong beri impak positif ekonomi Sabah

[Copy link]
Post time 13-12-2023 12:40 PM | Show all posts |Read mode


PENERANGAN: Suryady (dua kanan) mendapat penerangan daripada Muhammad berkenaan projek akses jalan ke Simanggaris.
PENDUDUK di sekitar Pantai Timur Sabah khususnya di daerah Tawau dan Kalabakan sudah boleh menyimpan angan-angan untuk tinggal di sebuah bandar yang pesat dengan pembangunan pada masa akan datang.

Ia berikutan pelaksanaan projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di Serudong, Kalabakan dan jalan akses menghubungkan Kalabakan dengan Simanggaris Kalimantan Utara Indonesia sedang giat dilaksanakan ketika ini.

Sebelum ini, projek yang dianggarkan menelan belanja RM600 juta itu sudah beberapa kali ditangguhkan disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan termasuklah masalah peruntukan.

Ia telah mengundang kritikan daripada rakyat dan pemimpin di negeri ini yang menganggap penangguhan itu bakal merugikan ekonomi Sabah berikutan Kalimantan Timur akan dibangunkan ibu negara baharu Indonesia.


PELAN: Suryady melihat pelan di kawasan tapak pembinaan CIQS Serudong.

Kerajaan Sabah yang dipimpin Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada 28 Mac lalu mengeluarkan kenyataan akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan berikutan isu pembinaan CIQS di Serudong, Kalabakan yang telah ditangguhkan.

Hajiji komited untuk meneruskan projek itu kerana ia penting sebagai laluan pintu masuk bagi Tawau, Sabah dan Kalimantan, Indonesia.

Penangguhan pembinaan projek itu akan menyebabkan lebih banyak masalah kemasukan secara haram melalui laluan tikus antara dua negara, selain akan merugikan ekonomi Sabah.

Usaha kerajaan Sabah dilihat membuahkan hasil setelah kerajaan Persekutuan bersetuju menurunkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk fasa pertama pembinaan CIQS dan jalan akses sehingga ke sempadan negara.

Kerja-kerja fasa pertama melibatkan pembinaan jalan akses, pembersihan tapak CIQS dan sistem perparitan dari Pos Imbangan Luis ke sempadan Simanggaris Kalimantan Indonesia sepanjang 3.4 kilometer kini sedang dilaksanakan.

Projek fasa pertama itu telah dilaksanakan bermula pengambil alihan tapak pada 9 November lepas dan dijangka siap pada 19 Disember depan.


LAWAT: Suryady ketika melawat kawasan permulaan projek di Pos Kawalan Imbangan Luis.

Wartawan Utusan Borneo berpeluang melihat sendiri kerja-kerja projek fasa pertama itu dalam siri lawatan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy bersama Pegawai Daerah Kalabakan, Muhammad Haji Mohd Ali, Isnin lalu.

Suryady yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan berkata, pembinaan CIQS dan akses jalan itu dilihat akan memberi impak positif terhadap ekonomi negeri khasnya usahawan tempatan.

Katanya, sebagai wakil rakyat di kawasan Kalabakan sudah pasti mahukan lebih banyak pembangunan bukan hanya dari segi perhubungan sosial, tetapi juga perhubungan ekonomi di sini.

“Dengan adanya akses jalan ke negara jiran ini, sudah pasti wujudnya pasaran perniagaan yang lebih luas di sebelah Kalimantan Utara Indonesia.

“Kita yakin produk-produk tempatan khususnya dari Tawau dan Kalabakan dapat dibekalkan ke negara jiran Indonesia, sekali gus meningkatkan pendapatan para usahawan di sini,” katanya.


ALBUM: Suryady bergambar bersama anggota tentera negara dan negara jiran di sempadan Simanggaris.

Beliau berkata, pihaknya sudah merancang untuk menyediakan satu pusat industri ringan dan sederhana di pekan Kalabakan bagi kemudahan usahawan tempatan.

“Saya yakin kerajaan negeri akan sentiasa menyokong usaha berkenaan selari dengan pembangunan yang sedang dibina di kawasan sempadan negara,” katanya.

Mengulas mengenai pembinaan CIQS dan akses jalan itu, Suryady berkata, ia adalah hasil kerjasama baik antara kerajaan pusat dan negeri yang mahukan Sabah terus mengecapi pembangunan negara.

“Projek ini bermula dari Pos Kawalan Imbangan Luis sehingga ke sempadan Simanggaris Malaysia-Indonesia di titik A708.

“Kita bersyukur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menurunkan peruntukan segera sebanyak RM5 juta untuk kerja-kerja fasa pertama projek ini,” katanya.


KERJASAMA: Suryady ketika singgah ke kawasan ladang Sawit Kinabalu Kalabakan yang berhampiran dengan projek CIQS.

Selain penyediaan akses jalan dan tapak CIQS, katanya, projek ini merangkumi kemudahan jalan berkonkrit sepanjang 500 meter dengan kelebaran lima meter bermula dari sempadan ke tapak CIQS.

“Saya percaya projek ini akan lebih menggalakkan interaksi antara penduduk Kalabakan dengan negara jiran pada masa akan datang.

“Ia sudah menjadi impian penduduk di sini, memandangkan Ibu Kota Nusantara, Indonesia sedang rancak dilaksanakan ketika ini,” katanya.

Suryady berharap, fasa pertama projek ini akan terlaksana mengikut jadual supaya peruntukan untuk fasa kedua iaitu menyiapkan CIQS dapat diturunkan segera.

“Saya percaya kerajaan negeri juga akan merancang untuk membangunkan kawasan sekitar laluan ke CIQS Serudong ini supaya boleh menarik perhatian rakyat di negara jiran datang ke Kalabakan,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.259632 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list