CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11634|Reply: 0

[Borneo] COVID-19: Kes meningkat kepada 6,796 pada ME48/2023

[Copy link]
Post time 12-12-2023 01:10 PM | Show all posts |Read mode


Kes COVID-19 dalam negara meningkat kepada 6,796 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48/2023) iaitu dari 26 Nov hingga 2 Dis lepas berbanding 3,626 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan adalah 3.5 bagi setiap 100,000 penduduk dan 1.0 bagi setiap 100,000 penduduk adalah bergejala ringan.

Pada ME48/2023, katanya pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.8 peratus, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula 1.1 peratus.

Dr Muhammad Radzi berkata hingga ME48/2023, 72.9 peratus daripada varian membimbangkan (VOC) yang dikesan merupakan varian Omicron, diikuti dengan 26.2 peratus varian Delta dan selebihnya varian Beta dan Alpha.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053651 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list