CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18588|Reply: 0

[Borneo] [Labuan] 109 premis makanan di Labuan memperolehi Gred

[Copy link]
Post time 12-12-2023 01:53 AM | Show all posts |Read mode


GRED A… Pengusaha premis makanan yang menerima plak Gred A bersama Rithuan (tiga dari kanan).

LABUAN: Sebanyak 109 premis restoran dan kedai  kopi  menerima penilaian Gred A oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)  Perbadanan Labuan.

Penilaian Gred A itu adalah hasil  dari pemeriksaan 186 premis restoran termasuk kedai kopi yang telah dinilai tahap kebersihannya oleh Unit Kesihatan Perbadanan Labuan sepanjang tahun 2023.

Majlis penyampaian plak penilaian Gred A itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail pada Majlis Anugerah Kebersihan Premis Makanan 2023 di Menara Perbadanan Labuan, pada Sabtu.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Rithuan menzahirkan  rasa puas hati kerana pengusaha dan peniaga premis restoran dan kedai kopi sebtiasa   komited dalam menjaga dan menitik beratkan kebersihan premis makanan masing-masing.

Katanya, jumlah premis yang memperolehi Gred A pada tahun ini  menunjukkan peningkatan sebanyak 58.6 peratus  berbanding pada tahun 2022    sebanyak 14.7 peratus.

Manakala jumlah premis yang mendapat Gred B adalah sebanyak 77 buah berbading pada tahun 2022 sebanyak 87 premis menyaksikan penurunan sebanyak 6.9 peratus.

“Sebahagian besar penurunan jumlah premis yang mendapat Gred B adalah disebabkan usaha dan komitmen premis yang bersungguh sungguh  untuk meningkatkan tahap kebersihan  premis sehingga mendapat Gred A” katanya.

Beliau turut menjelaskan bermula tahun 2024, Perbadanan Labuan telah membuat ketetapan setiap tandas  di premis restoran dan kedai kopi perlu  mencapai taraf 2 bintang ke atas sebelum lesen perniagaan mereka di perbaharui.

“Peraturan ini digubal tidak lain dan tidak bukan  adalah untuk memastikan keselesaan pelanggan, pengunjung dan pelancong serta  untuk mewujudkan satu suasana yang bersih dan sihat di Wilayah Persekutuan Labuan” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.118916 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list