CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18670|Reply: 0

[Borneo] [Labuan] BDSC Bantu Rancakkan Pembangunan Sukan Renang Labuan

[Copy link]
Post time 12-12-2023 01:51 AM | Show all posts |Read mode


LABUAN, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Penubuhan Blue Dolphin Swim Club (BDSC) bakal memberi suntikan baharu dalam pembangunan sukan renang di Labuan.

Menurut Presidennya, Mashkuri Datuk Harun tujuan utama penubuhan kelab itu adalah bagi membudayakan sukan renang kepada semua lapisan masyarakat di pulau ini.

“Kita ingin membangunkan sukan renang khasnya kepada anak-anak muda selain memberi peluang kepada semua golongan masyarakat mempelajari kemahiran asas berenang, teknik menyelamatkan diri dan seterusnya melahirkan atlit renang yang berdaya saing.

“Kelab juga akan melibatkan golongan )rang Kurang Upaya (OKU) dalam program-program pembangunan sukan renang yang dilaksanakan nanti dan kami juga mengajak orang ramai yang berminat untuk menjadi ahli BDSC,” katanya semasa Majlis Perasmian kelab tersebut, di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan Mohammad Syahffie Japril menyatakan komitmen untuk membantu BDSC merealisasikan objektif penubuhannya.

“JBS akan membantu BDSC semampu boleh untuk melahirkan kualiti anak-anak yang seterusnya menjadi atlit renang yang mempunyai kualiti tersendiri hingga mampu mewakili negara.

“Tahun depan kita akan dapat peruntukan Dana Sukan Komuniti di bawah JBS, walaupun belum ada permohonan saya akan salurkan juga kepada BDSC kerana kita yakin walaupun kita kekurangan fasiliti tetapi kita yakin dengan kualiti atlit yang mampu kita lahirkan di Labuan,” katanya semasa merasmikan majlis itu.

Turut hadir Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Labuan Ag Marten Datuk Abd Rahman dan Presiden Persatuan Akuatik Labuan Su Thian Song.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.353849 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list