CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10265|Reply: 1

[Politik] Rombakan Kabinet: Tiada perbincangan di peringkat Jemaah Menteri

[Copy link]
Post time 11-12-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Rombakan Kabinet: Tiada perbincangan di peringkat Jemaah Menteri


Armizan bercakap pada sidang akhbar selepas program sesi town hall Dasar Francais Negara di Dewan Serbaguna KPDN, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!


PUTRAJAYA – Isu berkaitan rombakan Kabinet tidak berbangkit dan tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang terbaru, minggu lalu.

Perkara itu disahkan pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali ketika ditemui pada sesi Town Hall Dasar Francais Negara (DFN 2030), di sini hari ini.

“Tiada perbincangan di peringkat Jemaah Menteri dan saya fikir tiada keperluan pun berbincang dengan Jemaah Menteri.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mempunyai ruang yang saya fikir memadai (untuk) melihat setelah setahun prestasi setiap kementerian, komitmen setiap menteri.

“Beliau yang mencadangkan menteri-menteri sebelum ini kepada Yang di-Pertuan Agong, itu adalah hak prerogatif beliau (Anwar) untuk menentukan barisan ahli Jemaah Menteri yang akan membantu beliau untuk meneruskan agenda gagasan Malaysia Madani,” katanya.

Media pada 1 Disember melaporkan, Perdana Menteri membayangkan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini.

Dalam pada itu, Armizan ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk menggalas tugas sebagai menteri KPDN sekiranya diberikan tanggungjawab, beliau bagaimana pun enggan mengulas. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... kat-jemaah-menteri/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa botak berwajah Lex Luthor ni?  Kau siapa? Kau tinggal sini ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057142 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list