CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7859|Reply: 4

[Politik] Rekod PN tadbir negara tak sebaik kerajaan perpaduan, kata penganalisis

[Copy link]
Post time 11-12-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 11-12-2023 11:05 AM

Rekod PN tadbir negara tak sebaik kerajaan perpaduan, kata penganalisis

Mohd Farhan Darwis - 10 Dec 2023, 8:00am


Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, PN sepatutnya memainkan peranan semak dan imbang dengan lebih berkesan, bukannya cuba menubuhkan kerajaan tebuk atap.

Penganalisis tidak nampak prestasi kerajaan perpaduan begitu teruk sehingga perlu menukarnya dan tiada jaminan pembangkang boleh mentadbir negara lebih baik jika menjadi kerajaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tiga penganalisis senada rekod pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan terdahulu tidak menjanjikan mereka mampu mentadbir negara lebih baik daripada kerajaan perpaduan, selepas PAS menolak gesaan menunggu sehingga PRU16 untuk pertukaran kerajaan.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, pertukaran kerajaan boleh berlaku apabila parti berkuasa kehilangan majoriti di Dewan Rakyat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan “pelbagai cara” untuk membentuk kerajaan.



Hisomuddin Bakar.


Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar bagaimanapun berkata, PN sepatutnya memainkan peranan semak dan imbang dengan lebih berkesan terhadap pentadbiran kerajaan perpaduan, bukannya cuba menubuhkan kerajaan tebuk atap.

Katanya, kerajaan PN terdahulu juga bergelut dengan isu kos sara hidup seperti dihadapi kerajaan perpaduan, justeru peluang perlu diberikan kepada kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk menambah baik kekurangan mereka yang baru setahun mentadbir negara.

“Tiada jaminan yang boleh memastikan secara sahih pembangkang akan lebih baik apabila menjadi kerajaan. Semasa PN menjadi kerajaan, mereka juga terdedah kepada kelemahan sama dalam memerintah.

“Walaupun pencapaian setahun kerajaan perpaduan kurang memuaskan, namun kerajaan mempunyai empat tahun lagi bagi mengisi kemenangan penggal ini, ruang wajar diberikan seluasnya untuk kerajaan melaksanakan setiap polisi kepada rakyat.

“Buat pembangkang, peranan sebagai semak imbang penting untuk memastikan rakyat mendapat untung apabila suara pembangkang kuat,” katanya kepada FMT.



Mazlan Ali.


Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia juga senada prestasi kerajaan perpaduan jauh mendahului kerajaan PN terdahulu, dengan menilai polisi, ekonomi, pelaburan, hubungan antara kaum serta hubungan diplomatik.

“Kita lihat bagaimana perdana menteri ke-10 bawa Malaysia ke arena antarabangsa sekarang. Malaysia begitu dikenali, diberi pengiktirafan, banyak pelabur asing tunjuk minat melabur dalam negara, jauh lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.

“Sokongan diterima perdana menteri begitu kukuh. Lebih 150 kerusi (daripada 222 Ahli Parlimen) sekarang sokong perdana menteri, kerajaan sekarang mampu tawar kestabilan dan beri fokus untuk bangunkan negara.”

Beliau menyifatkan pertukaran kerajaan melalui kaedah selain pilihan raya sebagai amalan demokrasi tidak baik dan mencermin politik negara tidak stabil.

“Rakyat dah buat keputusan dalam PRU lalu. Masing-masing (parti) dapat sejumlah kerusi dan bergabung menubuhkan kerajaan perpaduan. Maka, kena hormati kerajaan yang dipilih hasil kerjasama antara parti politik.”



Awang Azman Pawi.


Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula tidak nampak prestasi kerajaan perpaduan begitu teruk sehingga perlu menukarnya, sebaliknya beliau menyifatkan ia “mainan pembangkang untuk mengekalkan sokongan dan memberi harapan kepada penyokong”.

“Dalam tempoh berpuluh bulan mereka (mentadbir negara) tidak dapat menunjukkan prestasi sebenar. Dari segi imej kepimpinan, Anwar jauh lebih baik daripada 22 bulan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad atau ketika Ismail Sabri Yaakob dan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.”-FMT


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 09:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:43 AM | Show all posts
yang bercakap  semua pengampu..bukan pakat ekomomi pun....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 10:56 AM | Show all posts
takde ulasan dr agus?

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 11:33 AM | Show all posts


skrip p.ramlee dah lama bagitau...kita je lalai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.063898 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list