CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11621|Reply: 0

Eyka Farhana Lebih Hati-Hati Ambil Pembantu Rumah

[Copy link]
Post time 10-12-2023 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Selepas kejadian pembantu rumahnya melarikan diri, pelakon, Eyka Farhana kini lebih berhati-hati walaupun pihak agensi pembantu rumah itu sudah menghantar pembantu baharu.


Eyka, 28, berkata, dia dan keluarganya sudah menganggap pembantu rumah terbabit seperti keluarga memandangkan dia yang berusia 40-an sangat baik dengan mereka.  






"Agensi pembantu rumah memang dah hantar pembantu yang baharu untuk menggantikan dia. Cuma, rasa sayang sangat sebab kami dah anggap dia seperti keluarga.


"Jadi, bila ada orang baharu, kita nak kena mulakan semuanya dari awal dan nak kena berjaga-jaga bila benda begini sudah berlaku," katanya kepada Harian Metro.


Tambah Eyka, dia memuat naik video perkongsian mengenai pembantu rumah yang lari itu kerana terkilan dengan sikapnya. Namun, dia bersyukur kerana tidak ada barang dalam rumah yang hilang.


"Dia tak sempat ambil apa-apa dari rumah. Barang dia pun, dia cuma sempat ambil baju saja. Tapi, dia bawa bersama kunci rumah saya. Mungkin selepas dapat gaji, dia terus lari.


"Saya buat video sebab terkilan dengan sikapnya dan kami sekeluarga sangat sayangkannya. Dia pun sebelum ini baik saja dengan kami," katanya.


Ditanya, apa yang membuatkan Eyka yakin bahawa pembantu rumah dari Indonesia itu melarikan diri dan mengikut lelaki tidak dikenali, Eyka berkata, wanita itu sudah memberikan bayangan beberapa kali sebelum ini.


"Sebelum ini, beberapa kali juga dia beri bayangan kepada ibu saya, 'Saya takkan lari puan. Saya tak faham kenapa orang (pembantu rumah) suka lari ikut lelaki'. Rupanya, itu rancangan dia.


"Bila saya buka TikTok dia, ada video-video dia berduet dan ada ayat-ayat seperti 'Ayuh kita saling melengkapi'. Jadi, maksudnya, dia ikut lelaki itulah," katanya.


Kronologi bermula apabila pembantu rumah itu mula tidak sihat dan berubah sikap. Ketika Eyka sedang demam, dia memaksa agar gajinya dibayar lebih awal dari tarikh sepatutnya.


Selepas gaji dibayar, dia melarikan diri pada waktu Subuh dan khabar itu dimaklumkan oleh adik Eyka kepadanya.






Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.339511 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list