CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13310|Reply: 0

[Sarawak] 'Pintu' Sarawak terbuka kepada pelabur yang sedia terokai teknologi hijau: Abang Johari

[Copy link]
Post time 10-12-2023 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 10-12-2023 07:29 AM


Abang Johari menyaksikan pertukaran MoU antara pelbagai pihak pada program MINTRED 2023 di Hyatt Regency London – The Churchill di London, pada Jumaat. -Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan kedatangan para pelabur dari seluruh dunia bagi meneroka potensi pelaburan dalam ekonomi baharu berteraskan teknologi hijau di negeri ini memandangkan ia merupakan sumber tenaga pada masa depan.


Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan dasar kerajaan negeri yang jelas dengan mempromosikan tenaga hijau menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 telah menjadikan Bumi Kenyalang sebagai antara destinasi pilihan pelaburan asing.

Justeru katanya, Kerajaan Sarawak mempelawa pelaburan asing untuk memberi nilai tambah kepada tenaga hijau dengan memulakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke arah peralihan kepada tenaga bersih.

“Kami (kerajaan Sarawak) akan mengutamakan pelaburan yang memberi tumpuan kepada teknologi hijau yang bersih yang akan mewujudkan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

“Pada masa sama, kami sedang meneroka nilai tambah sumber tenaga bersih dalam bidang pengeluaran hidrogen serta bahan api penerbangan mampan (SAF) menggunakan mikroalga,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama perasmian program MINTRED [url=mailtoonnects@London]Connects@London[/url] 2023 di Hyatt Regency London – The Churchill di London, pada Jumaat.
Abang Johari menyampaikan ucaptama pada perasmian program MINTRED 2023 di Hyatt Regency London – The Churchill di London, pada Jumaat. -Gambar UKAS

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Zakri Jaafar, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Malcolm Mussen Lamoh.

Dalam pada itu, Abang Johari memberitahu, sektor tenaga hijau perlu kalis cabaran masa hadapan bagi mendepani perkembangan pada peringkat global memandangkan sektor ini amat penting kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Jelasnya langkah ini penting bagi memastikan pembangunan sektor tenaga bersih kekal mampan dan berdaya saing pada masa hadapan.

“Saya baru balik daripada menghadiri Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), COP28 dan dasar tenaga hijau yang diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak adalah sejajar dengan keperluan dunia dalam peralihan tenaga ke arah sumber tenaga yang lebih bersih,” jelasnya lagi.


Sementara itu, beliau turut memaklumkan pengiktirafan Sarawak sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia telah menyaksikan negeri ini berada di landasan tepat bagi memacu pertumbuhan ekonomi sekali gus menarik pelabur luar.

Dalam majlis sama, Abang Johari turut menyaksikan majlis menandatangani empat Memorandum Persefahaman (MoU) dalam kerjasama pelaburan, pelancongan, seni serta pengedaran produk yang akan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih baik antara Sarawak dan United Kingdom.

MoU pertama melibatkan Fame International Consulting (MM2H) Sdn Bhd dengan Salsa San Limited, seterusnya MoU di antara Fine Impression dan Crafito Arts & Film Academy London Ltd, diikuti dengan MoU antara InvestSarawak Sdn Bhd dengan WWIP Ltd dan yang terakhir MoU antara Leonard Design Architects dengan Penan Women Project (P.W.P Company).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072129 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list