View: 20570|Reply: 10
|
[Dunia]
Anak Biden kantoi elak bayar cukai, berbelanja hampir $1 juta langgan pelacur
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 10-12-2023 01:17 PM
Hunter Biden dilaporkan telah membelanjakan $870,000 untuk pelacur, keahlian kelab seks dan video lucah dengan mengeluarkan sebanyak $1.6 juta dari mesin tunai ATM yang dibentangkan dalam dakwaan kes mengelak membayar cukai yang telah difailkan pada hari Rabu.
Pendakwa raya persekutuan mendakwa, anak lelaki presiden yang terkenal dengan gaya hidup mewah dan terbabit dengan skandal itu telah membelanjakan hampir $5 juta antara tahun 2016 dan 2019 serta gagal membayar cukai sebanyak $1.4 juta yang menyebabkan dia bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 17 tahun.
Dakwaan ini dikatakan satu musibah kepada bapanya, yang bertanding untuk mengekalkan jawatan presiden tahun 2024.
Khabarnya, dia juga telah membelanjakan sejumlah wang untuk membeli dadah, khidmat e scort, hotel mewah, hartanah, kereta eksotik, pakaian dan barangan lain untuk keperluan peribadi kecuali cukai.
Pecahan itu termasuk $683,000 untuk 'pelbagai wanita' dan juga hampir $400,000 untuk 'pakaian dan aksesori'.
Laporan mendapati, dia membelanjakan $188,000 untuk 'bahan hiburan lucah' dengan mengeluarkan $1.6 juta dari mesin ATM.
Pada masa itu, dikatakan dia sedang mengalami masaalah ketagihan alkohol dan k*kain yang telah didokumentasikan.
Hunter (Biden) mengakui dia mempunyai masaalah penyalahgunaan dadah dan dalam rawatan pemulihan.
Hunter kini menghadapi dua perbicaraan jenayah di tengah-tengah kempen pilihan raya oleh bapanya.
Di negeri Delaware, dia bakal menghadapi hukuman maksimum 25 tahun penjara atas dakwaan berbohong tentang penggunaan dadah ketika membeli sebuah pistol.
Beberapa pembayaran dibentangkan dengan terperinci termasuk $11,500 untuk khidmat seorang e scort untuk dua malam bersamanya pada tahun 2018.
Hunter membuat bayaran $3,947 kepada M Street Management, sebuah kelab tarian bogel di Washington, D.C., pada Januari 2018.
Dia juga didakwa menggunakan talian kredit perniagaan untuk membuat pembayaran $27,316 ke laman web lucah, 'yang secara keseluruhannya menyumbang satu perlima perbelanjaan kredit akaun perniagaan'.
https://www.dailymail.co.uk/news/article-12840203/How-son-spent-200-000-prostitutes-118-000-adult-entertainment-500-mortgage-payments-spending-revealed-amid-new-tax-evasion-charges
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nadie90 at 10-12-2023 02:54 AM
So?.....nak terkejut.....marah ka?.....klu dah bapa tu Presiden mmg xkena apa la kan wlpun kluaq p la 1001 artikel jenayah, sisi terpaling gelap sekalipun |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi2 bidin junior neh
Hidup ala alam.playboy gitchuu |
|
|
|
|
|
|
|
dgr citer family biden ni byk citer tak elok sal diorg... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu Trump dah bagitau tapi masih ramai sokong Biden ni |
|
|
|
|
|
|
|
Masih cuba kekalkan jawatan ke biden tu? Masih ada sokongan ke? Tgk video dia disuruh naik podium tu pun aku dah rasa dia tu selangkah ke alam nyanyuk dah. |
|
|
|
|
|
|
|
mehmet replied at 10-12-2023 08:55 AM
Ini pedo ke ?
Bapak nya pun pedo |
|
|
|
|
|
|
|
kemain kau gambar
bapak anak sama mcm lahanat |
|
|
|
|
|
|
|
meanwhile in Msia tak bayar cukai masih disembah, dipanggil Boss! |
|
|
|
|
|
|
| |
|