CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13320|Reply: 0

[Sarawak] AirAsia terus sokong program FLYsiswa dengan tambang berpatutan ke 45 laluan

[Copy link]
Post time 9-12-2023 05:51 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: AirAsia terus menyokong program FLYsiswa tahun depan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk memberi peluang kepada pelajar terbang pulang ke kampung halaman dengan tambang berpatutan.



E-baucar AirAsia untuk program FLYsiwa boleh digunakan untuk membuat tempahan penerbangan ke 45 laluan di 10 destinasi antara Semenanjung Malaysia dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Baharu ke Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Bintulu, Miri, Sibu dan Labuan.

Ia juga tersedia untuk tempahan penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, pihaknya berbesar hati untuk terus menyokong inisiatif FLYsiswa ini yang dijangka akan memanfaatkan kira-kira 50,069 pelajar yang layak memohon yang berada di universiti awam di seluruh negara.

“Tahun ini kami menerima lebih 23,000 pendaftaran daripada pelajar yang sah iaitu kira-kira 66 peratus daripada 35,995 pelajar yang telah mengemukakan permohonan baucar tersebut.

“Pengumuman kementerian pada hari ini tepat pada masanya selari dengan usaha kami untuk mengaktifkan semula lebih banyak pesawat dalam beberapa bulan yang akan datang,” katanya.

Kriteria kelayakan bagi program FLY siswa ini ditetapkan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian tinggi di universiti awam di Malaysia.

rmasuk pelajar dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan, belajar di Semenanjung Malaysia, pelajar dari Semenanjung Malaysia belajar di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan dan pelajar dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan belajar di wilayah masing-masing.

roses permohonan E-baucar AirAsia boleh dibuat dalam beberapa langkah mudah dengan menekan butang ‘Tebus Sekarang’ di airasia.com/aa/flysiswa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.068827 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list