View: 7836|Reply: 2
|
Banyak Kerja Di Pejabat, Dj Lin Lari Dari Hospital
[Copy link]
|
|
Meskipun keadaan kesihatan masih belum pulih sepenuhnya, DJ Lin, mengakui terpaksa ‘lari’ daripada hospital.
Menurut pengendali segmen Suria Cinta di Suria FM itu, dia tidak boleh meninggalkan pejabat terlalu lama kerana banyak urusan kerja yang akan tertangguh.
Foto: IG
“Kak Lin terpaksa lari dari wad juga, minta cuti dan pujuk doktor yang merawat sebab banyak kerja perlu diselesaikan lebih-lebih lagi menjelang hujung tahun.
“Keadaan pun makin baik cuma masih belum pulih sepenuhnya,” katanya.
Pengurus Besar Suria FM itu dimasukkan ke wad selepas menghidap bronkitis sinus lebih seminggu pertengahan bulan lalu.
Selain itu, DJ Lin berkata, doktor sudah membekalkan ubat-ubatan termasuk jadual rawatan sepanjang berada di rumah selain masih perlu kembali ke hospital selepas ini.
“Kiranya dapat balik bersyaratlah. Kak Lin kena terus makan ubat dan ikut rawatan yang diajar,” katanya.
Ditanya mengenai perkembangan Suria FM, DJ Lin berkata stesen itu mengucapkan terima kasih kepada pendengar yang terus menyokong tanpa jemu.
“Seperti biasa kita akan terus berikan yang terbaik kepada pendengar dan Insya-Allah kami akan tampil dengan lebih segar dan baharu. Nantikan” katanya.-CARI
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita dia, tak kena santau, sakit, kawin lagi, sakit, masih janda, sakit, anak tak kisah mak kawin, sakit, teringin kawin, sakit lagi....kerja, sakit, kerja, sakit..... terpaling workaholic. Bosan ye. Dah tahu tak sihat, take some time lah... takkan opis tak paham, tak mati pucuk lah abang2 lori tak dengar suara merengek kau 4-5 malam... duk je lah spital tu dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ler..tgk gambar tadi ingatkan jejai |
|
|
|
|
|
|
| |
|