CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4204|Reply: 0

[Sabah] Sambutan luar biasa, penganjur jangka tiket BRF bakal habis terjual

[Copy link]
Post time 7-12-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sambutan luar biasa rakyat Sabah terhadap penjualan tiket Borneo Rock Festival (BRF) 2023 membuktikan penganjuran festival pada 30 Disember di Stadium Likas itu bakal meriah.
Pengarah Eksekutif Imika Empire Sdn Bhd yang juga penganjur utama BRF 2023 Datuk Abdul Rahim Tahir berkata, setakat ini kira-kira 70 peratus tiket sudah terjual hasil respon yang sangat menggalakkan khususnya generasi muda di negeri ini.
Katanya, sempena dengan festival itu, pihaknya menyasarkan kehadiran sekitar 20,000 pengunjung bagi memeriahkan BRF 2023.
"Setakat ini, sebanyak 10,000 tiket diberikan kepada Sabah Motor Day (SMD) untuk dijual kepada ahli kelab masing-masing dan daripada jumlah itu, sebanyak 5,000 tiket sudah terjual setakat 1 Disember lepas.
"Ahli-ahli SMD lain yang belum mendapatkan tiket, sila beli segera kerana kita percaya ramai yang ingin datang memeriahkan festival rock yang julung kali diadakan di Sabah.
"Selain itu, sebanyak 10,000 tiket lagi dijual kepada orang awam dan ini kita jangkakan boleh habis terjual dalam tempoh dua minggu sebelum festival berlangsung," katanya pada sidang media BRF 2023 di sini baru-baru ini.
Menurutnya, BRF 2023 menampilkan persembahan beberapa kumpulan rock terkenal antaranya Kumpulan Wings, Search, Butterfingers, Hujan, dan A.C.A.B.

Sementara itu, vokalis Wings Datuk Awie yang turut hadir pada sidang media itu berkata, BRF 2023 bukan hanya sekadar festival muzik semata-mata, tetapi ia platform bermanfaat bagi band tempatan Sabah untuk menimba ilmu agar dapat meningkatkan mutu persembahan masing-masing.

"Festival ini secara tidak langsung boleh mengetengahkan band-band tempatan yang ada di negeri ini.

"Saya berharap mereka akan memberikan persembahan terbaik selain melihat sendiri cara band senior seperti Search dan Wings yang sudah berpengalaman lebih 30 tahun bergelar anak seni.

"Band-band anak muda ini perlu bersyukur dan menggunakan peluang sebaik mungkin disebabkan bukan semua mempunyai kelebihan seumpama ini," katanya.

Dalam pada itu, vokalis Search Datuk Amy berharap BRF 2023 boleh memeriahkan lagi industri muzik Malaysia sekali gus mengangkat kepelbagaian muzik di Sabah.

Beliau turut menyifatkan negeri ini mempunyai ramai penyanyi serta pemuzik baharu yang berbakat.

"Sabah memiliki ramai penyanyi serta pemuzik muda berkualiti yang boleh digilap untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.

"Saya percaya festival ini boleh diibaratkan sebagai medan untuk anak-anak muda yang terlibat mempamerkan kehebatan masing-masing.

"Mungkin bermula daripada pentas festival itu nanti, band-band Sabah ini akan mengembangkan bakat mereka ke seluruh Malaysia malah ke peringkat antarabangsa," katanya.

Dijangka sebanyak 10 band tempatan Sabah seperti Maka Amef, Mahkluk, Silversun, Suka Suki, Markaz79, Beyond My Rage, Dita Darcia, Gutaeters, Measmata dan Melodychain bakal membuat persembahan sempena BRF 2023.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049199 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list