CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6015|Reply: 25

[Jenayah] Amuk di lebuh raya: Bekas pekerja IT, Yew Wei Liang sebabkan kematian, dipenjara 16 tahun

  [Copy link]
Post time 7-12-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 7-12-2023 01:31 PM



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun ke atas bekas pekerja teknologi maklumat (IT), Yew Wei Liang, kerana menyebabkan kematian seorang pengurus bank di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), empat tahun lalu.

Hakim Julia Ibrahim membuat keputusan itu berikutan Wei Liang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 10 Ogos 2019.

Terdahulu peguam bela Wei Liang, Wee Choo Keong, memohon supaya anak guamnya dipenjarakan maksimum enam tahun, namun Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, berhujah supaya tertuduh dikenakan hukuman yang berat dan setimpal.

Pada 22 Ogos 2019, Wei Liang, 45, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atas pertuduhan membunuh mangsa, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, di PLUS pada 10 Ogos tahun sama.

Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian.

Insiden membabitkan tertuduh dengan mangsa itu tular dalam media sosial, dan dikatakan berpunca daripada kemalangan kecil selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1186210/amuk-di-lebuh-raya-bekas-pekerja-it-sebabkan-kematian-dipenjara-16

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Terdahulu peguam bela Wei Liang, Wee Choo Keong, memohon supaya anak guamnya dipenjarakan maksimum enam tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
16 years je...sampai mati org tu ko kerjakan..takkan kena 16 yrs je..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut 60 tahun penjara. Tapi sebab Cina DAP, kena 16 tahun je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:39 PM | Show all posts
dah gelek org dgn kereta sampai mati .. kena penjara 16 tahun je? hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 7-12-2023 01:39 PM
dah gelek org dgn kereta sampai mati .. kena penjara 16 tahun je? hmmm

Ape sebab kematian?post mortem?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2023 04:01 PM | Show all posts
elnor_81 replied at 7-12-2023 01:40 PM
Ape sebab kematian?post mortem?

x silap baca ade org post dkt twitter sbb kerosakan organ. kne gilis dr pinggang ke kepala.. time mandi jenazah, boleh nmpk kesan tayar dr pinggang ke dahi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:09 PM | Show all posts
walopun rasa tak setimpal tapi lebih baik dr lepas atau kurang dari 10 tahun.  cuma aku nak tanya expert kat sini, like this case, standard insurance kemalangan kenderaan applied? waris tak dapat apa-apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 04:13 PM | Show all posts
gigihadid replied at 7-12-2023 04:01 PM
x silap baca ade org post dkt twitter sbb kerosakan organ. kne gilis dr pinggang ke kepala.. time  ...

lahhh mmg betul la dia langgar kan. beria ari tu speku macam2. sbb tgk pic dia yg tersekat kat celah kete tu nampak arwah still ok lagi. ke dia kena gilis lepas tu?? at last 16 tahun je kena jel. tak berbaloi btol.. org tu meninggal kot ko kerjakan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:17 PM | Show all posts
mizruncing replied at 7-12-2023 04:13 PM
lahhh mmg betul la dia langgar kan. beria ari tu speku macam2. sbb tgk pic dia yg tersekat kat cel ...

aku pon konfius gak...yg masa arwah tersekat kat celah tu dia pi tolong tu, dah kena gilis ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
"hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 10 Ogos 2019."

Tolak 4 tahun ada lagi 12 tahun to serve. Sekarang umur 45 keluar nanti umur 57 not so bad lah. Bini masih boleh tunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:51 PM | Show all posts
mcmana blh kena gilis pulak, bukan kena langgar then tercampak dan tersepit kat railing tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 05:02 PM | Show all posts
rifaa replied at 7-12-2023 04:17 PM
aku pon konfius gak...yg masa arwah tersekat kat celah tu dia pi tolong tu, dah kena gilis ke

semalam ada baca kronologi kes ni...selepas cina ni langgar arwah - kena gilis tu, cina ni cemas then telah mengangkat arwah ke bahu jalan dn memaksa arwah utk berdiri..sedangkan waktu tu arwah dah tak boleh berdiri dn bnafas.

cina ni punya panik dia masih pertahankan diri dan salahkan arwah siap tunjuk isyarat lucah...(spt gambar yg tersebar tu)
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca bharian tulis mangsa positive dadah pulak. Mungkin sebab tu masing2 mengganas emosi. Aduhai melayang macam tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
BellaThePrinces replied at 7-12-2023 05:02 PM
semalam ada baca kronologi kes ni...selepas cina ni langgar arwah - kena gilis tu, cina ni cemas t ...


Oo i nmpk kete tu rapat ke pembahagi jalan. So kiranya lps dia langgar, dia tarik arwah tu keluar dari bwh kereta melalui divider. Pastu buat2 mcm arwah berdiri

Off topic, penjara bi bagus utk menurunkan berat badan eh. Ritu benon dah kurus sikit
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 7-12-2023 05:39 AM
dah gelek org dgn kereta sampai mati .. kena penjara 16 tahun je? hmmm

Gelek dengan sengaja plak tu. Tak faham aku ade niat sebabkan kematian. Dia ingat gelek ngn kereta org tu elok2 je ke. Lain la monkey d luffy yg digeleknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 05:30 PM | Show all posts
aikk dia dengan sengaja bunuh orang tu apa pasal 16 tahun je? pastu masa jaman2 ph dan2 la tiba2 nak kaitkan mangsa dgn dadah. yg lawak kalo org tu yg amik dadah, apa pasal tertuduh ni plak mcm overdose perangainya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 05:38 PM | Show all posts
sorg lg banduan dh berjaya kurus... tp bdk2 yg bunuh zulfarhan tu elok lak menggebu memasing
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak adil untuk keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
16 tahun. Anak org tu smpai jd anak yatim. Semuga kau suffer all the way dari penjara smpai for the rest of ur life. Harap kau kena depression pastu bunuh diri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.072862 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list