CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5223|Reply: 3

Lain Macam Punya Cahaya, Bunyi Seperti Letupan Di Langit- Netizen Buat Spekulasi Tentang Ribut Solar

[Copy link]
Post time 7-12-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Hangat menjadi bualan tentang kehadiran bunyi misteri seolah-olah letupan bom di langit.


Menerusi video tular yang dikongsi Hazly Johny, dia menyatakan bunyi itu disedari kira-kira pukul 10.30 malam, pada 31 November lalu.


Foto: Tiktok




"10.30 malam langit meletup-letup macam bunyi bom," tulisnya pada video itu yang meraih lebih 2.2 juta tontonan.


Video itu dirakam daripada bahagian tingkap sebuah rumah, memaparkan ruang parkir serta langit malam yang agak cerah.


"Mama, takut," kedengaran suara seorang kanak-kanak perempuan dalam rumah itu.


"Kuat ni. Apa yang meletup kuat ni? Takkan mercun? Dekat langit ni. Mesti kecoh ni sekejap lagi," ujar seorang lelaki pula.


Namun individu itu tidak menyatakan lokasi sebenar video itu dirakam.


Menjengah ruangan komen, beberapa individu tampil dengan pelbagai teori termasuklah dakwaan ribut solar yang dijangka berlaku tidak lama lagi.


Namun, ramai yang turut menyanggah spekulasi itu dan menyatakan bunyi misteri berkenaan berkemungkinan berpunca daripada mercun ataupun guruh.


"Kenapa boleh jadi ribut solar ni, Ya Allah.


"Ingat saya je yang perasan sendiri. Tengok langit macam kilat, tapi cahaya dia lain, macam flash kamera.


"Guruh je ni, kalau ribut solar semua elektrik tak ada dah. Selangor ni petang-petang kalau guruh berdentum dah macam perang bunyinya.


"Abang kawasan mana? Kalau kawasan Setia Alam dekat Nirvana Memorial Park tu ada event. Mereka pasang bunga api," tulis netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangkok bodoh  manatah paranoid, overdramatic ni pun jadi isu semasa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 10:58 AM | Show all posts
ribut solar????
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 08:37 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.055497 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list