CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4901|Reply: 1

Saintis Temui Virus Baharu Sebabkan Demam Teruk Di Peru

[Copy link]
Post time 6-12-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Lima, Peru: Sejenis virus yang belum pernah dilihat sebelum ini serta berisiko menyebabkan penyakit menyerupai demam malaria dikesan di Peru, lapor akhbar Metro UK kelmain.


Ia dikesan menjangkiti seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang dimasukkan ke  hospital selepas mengalami demam, sakit kepala, menggigil dan sakit otot selama dua hari.





Doktor-doktor pada mulanya gagal mengenal pasti punca penyakit misteri itu, namun kajian  makmal mendedahkan mengenai sejenis patogen baharu yang tidak diketahui.


Virus itu dikelaskan sebagai phlebovirus. Ia boleh menyebabkan penyakit demam akut termasuk malaria dan demam Rift Valley serta kebiasaannya berjangkit melalui serangga seperti lalat pasir, nyamuk atau kutu.


Terdapat 66 spesies phlebovirus, sembilan daripadanya didapati menyebabkan penyakit demam di Amerika Tengah dan Selatan. Namun, hanya tiga telah dikesan di Peru iaitu virus Echarate (ECHV), virus Maldonado dan virus Candiru.


Menurut penyelidik-penyelidik  dalam jurnal Emerging Infectious Diseases, virus tersebut mula tersebar di hutan-hutan Peru justeru, pemantauan perlu dikekalkan.


“Penemuan kami menunjukkan bahawa satu varian novel ECHV sedang tersebar di kawasan hutan tengah Peru.


“Oleh kerana simptom klinikal jangkitan adalah  menyerupai demam denggi, malaria dan penyakit berjangkit tropika lain yang biasa di rantau ini, pemantauan berterusan diperlukan untuk mengesan patogen baharu dan yang baru muncul untuk melindungi kesihatan penduduk,” kata pasukan penyelidik tersebut.




Sumber: Kosmo! Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 10:32 PM | Show all posts
wowwww...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.274998 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list