CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4563|Reply: 0

[Sabah] Pelajar Politeknik Kota Kinabalu hasil inovasi sistem pam tanjakan air

[Copy link]
Post time 6-12-2023 09:18 AM | Show all posts |Read mode

Dua pelajar jurusan kejuruteraan elektronik komputer Politeknik Kota Kinabalu, Claudius Nicolas Thomas dan Harraz Syahmi Hamdan menunjukkan inovasi pam tanjakan air hasil usaha mereka. NSTP/Johary Indan


KOTA KINABALU: Inovasi sistem pam tanjakan air hasil usaha dua pelajar Politeknik Kota Kinabalu yang akan diaplikasikan di Kampung Bawang, Tamparuli bakal memberi manfaat kepada penduduk kampung berkenaan.


Ciptaan pelajar jurusan kejuruteraan elektronik komputer semester kelima, Claudius Nicolas Thomas dan Harraz Syahmi Hamdan itu adalah kejayaan besar mereka untuk kegunaan penduduk.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang menyaksikan sendiri rekaan pelajar itu bangga dengan usaha serta kejayaan pelajar berasal dari Tamparuli itu.

"Inovasi pam tanjakan air ini adalah projek akhir tahun dua pelajar Politeknik Kota Kinabalu itu yang begitu membanggakan.

Hasil inovasi itu nanti akan diaplikasikan di Kampung Bawang, Tamparuli, tempat kelahiran Claudius sebagai sumbangan beliau kepada penduduk kampungnya," katanya menerusi kenyataan, semalam.

Tangau berkata, sistem itu turut dilengkapi dengan "water flow sensor" yang mampu mengukur jumlah air yang disalurkan menerusi sistem aplikasi berkenaan.

Menerusi projek itu, katanya, pelajar terbabit berjaya mengintegrasikan tenaga solar.

"Dengan kawalan moden menggunakan alat pengawal yang boleh dikendalikan menerusi aplikasi telefon pintar, mereka mampu mengawal aliran air, merekod jumlah dan mengetahui jumlah tenaga digunakan sistem itu," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.065921 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list