CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4661|Reply: 0

[Sabah] LHDN hampir sasaran kutipan cukai langsung bernilai RM7.2 billion

[Copy link]
Post time 6-12-2023 09:03 AM | Show all posts |Read mode

]BINCANG: Nizom (dua kiri) sedang berbicara sesuatu kepada Juhar (kanan).
KOTA KINABALU: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menghampiri sasaran kutipan hasil daripada cukai langsung bernilai RM7.2 billion bagi tahun 2023.


Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi berkata, sehingga 31 Oktober 2023, kutipan yang diperoleh adalah berjumlah RM6.38 billion berbanding kutipan RM5.47 billion pada tahun lepas.

"Ia menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 16.68 peratus dan melihat kepada hari yang berbaki kira-kira tiga minggu ini sasaran itu akan berjaya dicapai.

"Melalui pencapaian itu, ia juga membayangkan ekonomi di peringkat negeri berada dalam keadaan baik dan stabil," katanya ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Selain memaklumkan mengenai prestasi LHDN, kunjungan itu juga bertujuan memperkenalkan Pengarah LHDN Sabah baharu, Azrul Hisham yang menggantikan Datuk Hajam Lajah Alam berkuatkuasa 6 Disember ini.

Terdahulu, Juhar turut menerima kunjungan daripada Ketua koordinator Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Karima El Korri dan rombongan.

Jelas Karima, beliau berbesar hati dapat mengadakan kunjungan itu dan sempat bertukar pandangan bersama Juhar mengenai pelbagai topik antaranya mengenai peluang pembangunan dan potensi Sabah dalam menjadi sebahagian daripada pembangunan Malaysia.

Turut sama dalam kunjungan itu, Ketua Pejabat Penyelaras Residen dan Perancangan Strategik, Juanita Joseph dan Pakar Ekonomi Kanan, Dr Richard Marshall.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057106 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list