CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21478|Reply: 0

[Sabah] Pemandu maut lori pembancuh simen terbalik

[Copy link]
Post time 5-12-2023 08:43 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori berkenaan.

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas lori pembancuh simen yang dipandunya terbalik di Jalan Lucia, Kampung Serudung Baru, di sini, petang tadi.

Mangsa, berusia 59 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.59 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah lori pembancuh simen telah terbalik dipercayai terbabas sendiri dan terdapat seorang mangsa lelaki tersepit.

“Pasukan bomba dibantu lori penarik kereta kemudian bertindak mengeluarkan mangsa,”katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Tawau dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kemalangan selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.37 petang,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.139174 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list