CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7810|Reply: 0

[Sabah] Wanita dipenjara 5 tahun, denda RM20,000 memandu sebabkan kematian

[Copy link]
Post time 5-12-2023 08:42 PM | Show all posts |Read mode


BERSALAH: Tertuduh (tengah) diiring keluar selepas didapati bersalah dalam prosiding mahkamah.

TAWAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM20,000 selepas didapati bersalah memandu dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak tahun lalu.  

Majistret Don Stiwin Malanjum membuat keputusan ke atas Noorinah Damsi, 39, di Mahkamah Majistret di sini hari ini mengikut pertuduhan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh tidak layak memegang lesen memandu selama lima tahun dan akan dipenjarakan selama satu tahun jika gagal membayar denda.

Noorinah turut dihukum penjara satu bulan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas memandu kenderaan tanpa lesen ketika kejadian kemalangan berkenaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan perbuatan itu pada 23 Februari tahun lepas kira-kira jam 6.55 petang di simpang Industrial Sungai Buaya Batu 3.

Tertuduh memandu kenderaan secara berbahaya dan telah menyebabkan kematian penumpang di dalam kenderaan dipandunya iaitu Nurisha Hisyam, 11.

Tertuduh sebelum itu telah dikeluarkan waran tangkap selepas gagal menghadirkan diri ke mahkamah sejak kali pertama dituduh pada 20 September lepas.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintenden Joan Lee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048620 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list