View: 10215|Reply: 0
|
Tular Senarai ‘Influencer’ Yang Sanggup Buat Reviu Judi ‘Online’
[Copy link]
|
|
Tular Senarai ‘Influencer’ Yang Sanggup Buat Reviu Judi ‘Online’
Belum habis dengan isu pempengaruh media sosial yang mampu membeli kereta mewah Mercedes di usia belasan tahun kerana membuat paid review judi online.
Tular pula thread di platfrom X yang mendedahkan pempengaruh lain di media sosial yang turut membuat reviu judi online.
Difahamkan, kerja paid review yang dilakukan oleh pempengaruh berkenaan adalah mempromosikan judi secara atas talian.
Menerusi perkongsian thread itu, rata-rata pempengaruh yang membuat reviu ini beragama Islam dan apa yang menyedihkan ramai diantaranya adalah wanita yang membawa imej muslimah mempromosikan judi itu.
Malah, ada juga sebuah video yang tular di mana memaparkan seorang wanita yang bangga menceritakan dirinya berbelanja mewah hasil daripada berjudi secara atas talian.
Saya beli iPhone 15 Pro Max harga RM10K, saya beli emas harga RM6k, RM10k dan bila jumlah semua yang saya belanja hasil M* P*** lebih daripada RM30,000.
Kebanyakan pempengaruh yang mempromosikan judi online tersebut dilihat bangga dan tidak menyembunyikan kehidupan mereka yang berbelanja mewah itu.
Menjengah di ruangan komen, warga maya memberi kritikan dan kecaman di platform berkenaan kerana memberikan pengaruh yang tidak baik.
Kredit: Platform X
https://ohmedia.my/trending/tula ... -reviu-judi-online/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|