CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7020|Reply: 0

[Sabah] Majlis anugerah hargai sumbangan pelopor perjuangan bahasa Kadazan Dusun

[Copy link]
Post time 5-12-2023 02:01 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Ewon menyampaikan Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa Kadazan Dusun kepada Bernard.

KOTA KINABALU: Majlis Anugerah Guru Bahasa Kadazan Dusun (BKD) yang julung kalinya diadakan bertujuan menghargai sumbangan pejuang bahasa itu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata,ia juga sejajar dengan perjuangan parti itu sebagai pelopor Bahasa Kadazan Dusun.

“Majlis seumpama ini adalah pengiktirafan kepada individu-individu yang telah memberikan sumbangan signifikan dalam perjuangan bahasa Kadazan Dusun.

“Kerjasama pelbagai pihak termasuk Yayasan Bank Rakyat (YBR) menjayakan program ini menunjukkan semangat 'mitabang' terus subur dalam komuniti kita.

“Terima kasih kepads YBR kerana terus menjalankan amanah melebarkan perkhidmatan di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Guru Bahasa Kadazan Dusun dan Pengiktirafan Pejuang Bahasa Kadazan & Dusun, di SICC, di sini, semalam.

Pada majlis itu Tan Sri Bernard Dompok diberikan Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (Gaa’ Huguan Manampasi Sunduvan Boos 2023).

Beliau merupakan pemimpin Kadazan berpengalaman luas dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan Sabah. Dedikasi dan pengalaman beliau dalam kerajaan telah merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah pada tahun 1994 dan di sekolah menengah pada 2006.

Bernard adalah antara pelopor dan tonggak utama dalam penubuhan Kadazan Dusun Language Foundation (KLF) pada tahun 1994.

Beliau juga giat dalam usaha memperbanyakkan karya kesusasteraan Kadazan Dusun melalui penganjuran pertandingan menulis novel dalam bahasa Kadazan Dusun yang kini menjadi salah satu program mercu KLF dan pemenang bagi pertandingan ini akan dianugerahkan ‘Gaa’ Koponuatan Novel Tan Sri Bernard G.

Dompok’ (Tan Sri Bernard G. Dompok Literary Award).

Pada majlis itu tiga kategori anugerah kain disampaikan.

Bagi kategori A, Anugerah Tokoh Guru BKD (Gaa’ Mongingia’ di Kohimuntu 2023) diberikan kepada Penolong Kanan Kokurikulum di SK Putaton, Inobong Priscilla Moses Gukim.

Berupakan salah seorang penulis novel BKD anjuran Yayasan Bahasa Kadazan Dusun (KLF) dan penulis buku kerja terbitan KLF.

Penerima Anugerah Tokoh Guru BKD (Gaa’ Mongingia’ di Okreatif 2023) pula diberikan kepada Alfredo Albert, seorang guru dari SK Penangah, Telupid.

Beliau sangat kreatif menghasilkan ‘Bahan Sokongan Mata Pelajaran BKD’ di pelantar YouTube yang bertajuk ‘Susuyan Giuk om Bilu’. Beliau juga merupakan illustrator bagi  tiga buah buku cerita atau ‘Buuk Susuyan’ yang diterbitkan oleh IPG Kent pada tahun 2022.

Penerima-penerima lain ialah Velter Jailih, SK Pekan Tambunan (Gaa’ Mongingia’ di Katama’ 2023), Cynthiana John dari SK Malawa, KK (Gaa’ Mongingia’ di Huuhundu’ 2023) dan Dr. Rosie Johnny ialah Pensyarah Akademik di Jabatan Bahasa Kadazan Dusun di Kampus IPG Kent Tuaran (Gaa’ Mongingia’ di Odinamik 2023).

Bagi kategori B iaitu Anugerah Pendidik Kelas Komuniti (Gaa’ Popoingkavas Kobu’on Boos 2023) diberikan kepada Camilla Anthony dari Kg. Kipouvo, Penampang.

Beliau adalah perintis penubuhan Community Learning Centre (CLC) di Kg. Kipouvo, Penampang pada 18 Ogos 1993 dan masih menjalankan tugas sebagai pendidik hingga ke hari ini.  Beliau menggunakan bahasa Kadazan Dusun sebagai bahasa pengantara di CLC serta terbabit dalam penerbitan buku 'Buuk Kalaja’ Doid Boros Kadazan Dusun (Poguhu mugad sikul) pada tahun 2009; 'Takanon Koubasanan' (2015); serta buku besar 'Monubo Sada’ dan 'Mongintutun do Wulan' pada tahun 2022.

Penerima lain dalam Anugerah Pendidik Kelas Komuniti ialah Eugine Juani (Kg. Kipouvo, Penampang), Jita Gosungkit (Kg. Togudon, Penampang), Rita Manuel (Kg. Togudon, Penampang), Josphen Joannes (Kg. Tampasak, Penampang), Rufina Koyou (Kg. Kepayan, Penampang), dan Tongotiagak Regina Bruno.

Anugerah Pengikhtirafan Pemartabat Bahasa 2023 (Gaa’ Kapantangan Pinoposungkad Sunduvan Boos 2023) diberikan kepada Wilfred Mojilis, Anugerah Pengikhtirafan Pemartabat Bahasa 2023 (Gaa’ Kapantangan Pinoposungkad Sunduvan Boos 2023) Peter Lidadun, Anugerah Pengikhtirafan Pemartabat Bahasa 2023 mendiang Datuk Fred Sinidol.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.073262 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list