CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6674|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri komited bangunkan modal insan di Sabah

[Copy link]
Post time 5-12-2023 01:56 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Nizam (dua kanan) menerima cendera kenangan daripada Azrul.

TAWAU: Kerajaan negeri komited membangunkan modal insan termasuk golongan pelajar menerusi pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan pada 29 Mac 2021 lalu.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Sabah telah meletakkan pembangunan modal insan antara teras hala tuju kerajaan di negeri ini.

Katanya, banyak inisiatif khusus kepada anak muda diperkenalkan sama ada dalam bidang pendidikan, sukan, rekreasi, keusahawanan dan lain-lain.

“Dalam sektor pendidikan, beberapa inisiatif baharu dilaksanakan kerajaan khususnya bagi membantu pelajar dalam keluarga B40.

“Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) misalnya, diberikan bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian diperingkat sarjana muda, diploma dan matrikulasi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika merasmikan Ceramah Motivasi SMJ, di sini hari ini.

Program berkenaan dianjurkan bersama Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) dengan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.

Nizam berkata, kerajaan negeri juga turut menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bagi menyokong pemberian dana sedia ada khususnya anak-anak yang kurang berkemampuan ke universiti.

“Melalui pelaksanaan pelbagai program yang telah, sedang dan akan digerakkan membuktikan bahawa kerajaan negeri sangat menitik beratkan pembangunan modal insan di Sabah.

“Justeru, marilah kita meletakkan keyakinan tinggi kepada kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam memacu negeri ini lebih maju dan gemilang,” katanya.


ALBUM: Nizam bergambar bersama pengetua, guru dan pelajar yang terlibat dalam program berkenaan.

Dalam pada itu, Nizam berkata, kerajaan negeri ketika ini telah berjaya membawa Sabah kearah yang lebih berdaya saing.

“Dalam soal kutipan hasil, kerajaan negeri telah mencatat sejarah sebanyak dua tahun berturut-turut dengan memecah rekod kutipan hasil negeri.

“Malah, hasil kerajaan negeri pada tahun ini turut mencatatkan angka yang sangat memberangsangkan iaitu berjumlah RM6.42 bilion,” katanya.

Sementara itu, Nizam mengucapkan syabas kepada IKRAR kerana berjaya menganjurkan program motivasi ini.

“Saya difahamkan program ini melibatkan hampir seramai 1,200 orang pelajar dan guru daripada 20 buah sekolah menengah di Parlimen Tawau dan Kalabakan.

“Program seumpama ini sangat baik terutamanya sebagai tanda kebersamaan pihak kerajaan dengan para pelajar negeri ini,” katanya.

Turut hadir, ADUN Kukusan merangkap Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sabah, Rina Haji Jainal dan Pengarah IKRAR, Azrul Ibrahim.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.108062 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list