CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5624|Reply: 0

[Sabah] Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 5-12-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode




RENTUNG: Seorang mangsa ditemukan rentung oleh pasukan bomba dalam kejadian itu.

SEMPORNA: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan tujuh buah rumah di Kampung Pinggiran Bakau, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa berusia 70 tahun ditemukan rentung dipercayai gagal keluar daripada rumahnya semasa kebakaran berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.02 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota dan pegawai bersama tiga buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati beberapa rumah jenis tidak kekal sudah musnah terbakar dan api semakin cepat merebak.

“Pasukan bomba bertindak pantas menjalankan operasi memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air daripada jentera dan air terbuka,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, hasil laporan awal, kebakaran itu membabitkan kemusnahan sebanyak tujuh buah rumah, sebuah kedai dan dua buah kereta.

“Selain itu, pasukan bomba turut menemukan seorang mangsa lelaki warga emas rentung semasa pemeriksaan dijalankan kira-kira jam 11.16 pagi.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan api terpadam sepenuhnya, sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.202041 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list