CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4879|Reply: 0

[Sabah] Limus ziarah tujuh keluarga mangsa kebakaran Kg Menengah di PPS

[Copy link]
Post time 5-12-2023 01:45 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Limus melawat ke lokasi kejadian kebakaran di Kg Menengah selepas menziarahi keluarga terlibat di PPS.

MENUMBOK: Tragedi kebakaran yang menimpa tujuh buah keluarga di Kampung Menengah Menumbok pada 24 November lepas dikunjungi wakil rakyat kawasan itu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury.

Tujuh buah keluarga yang membabitkan lima buah rumah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) dekat sini, setelah kediaman mereka musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku bulan lepas.

Limus bersama rombongan telah mengadakan ziarah terhadap mangsa-mangsa yang ditempatkan sementara di PPS berkenaan, dan turut meluangkan masa bertanyakan khabar dan kemudian menyampaikan sumbangan peribadi berupa wang bagi meringankan beban mereka yang terjejas dengan musibah itu.


ZIARAH: Limus sedang bertanya sesuatu kepada keluarga mangsa kebakaran semasa melawat ke PPS itu.

Seramai tujuh Ketua Isi Rumah (KIR) menerima sumbangan daripada Limus semasa menziarahi keluarga mangsa yang ditempatkan di PPS itu dan kemudian mengadakan lawatan ke lokasi kejadian kebakaran di Kg Menengah.

Limus yang bersedih dengan kejadian yang menimpa tujuh buah keluarga itu, berharap mereka yang ditimpa ujian bersabar atas kejadian yang berlaku dan akan berusaha untuk membantu mereka yang terlibat bagi memastikan keluarga terkesan mendapat bantuan sewajarnya daripada kerajaan.


BANTU: Limus menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga sempena ziarah yang diadakan itu.

"Semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas, saya mendapat perkhabaran mengenai kejadian kebakaran yang berlaku di Kg Menengah dan hari ini saya menziarahi mereka yang terlibat dalam musibah ini.

"Saya harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terlibat. Saya akan memberitahu, Penolong Pegawai Daerah (ADO) untuk memanjangkan tempoh mereka di PPS ini sementara menunggu mereka mendapat tempat lain atau saudara terdekat.

"Saya juga akan berusaha mendapatkan bantuan daripada kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), yang mana dapat disegerakan, " katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052964 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list