CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3765|Reply: 0

[Sabah] Lelaki miliki dadah jenis syabu ditahan

[Copy link]
Post time 5-12-2023 01:20 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Suspek dan barang kes dibawa ke Markas Operasi PPM untuk tindakan lanjut.

TAWAU: Seorang lelaki ditahan sepasukan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas didapati memiliki dadah jenis syabu di kawasan perairan Batu 3 Jalan Apas, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pihaknya mengesan sebuah bot bergerak laju dalam keadaan mencurigakan menghala ke Pulau Sebatik.

Katanya, susulan itu pasukan operasi bertindak mengejar dan mengarahkan bot laju yang dikendali seorang lelaki untuk berhenti namun tidak diendahkan.
“Pasukan operasi terus mengejar dan selepas 15 minit, bot laju itu melanggar sesuatu sebelum didapati karam.

“Pasukan operasi kemudian menyelamatkan lelaki terbabit dan ketika disoal siasat suspek mengaku menyimpan barang salah di dalam beg silang miliknya,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Ahmad berkata, hasil pemeriksaan ke atas beg silang itu menemukan tiga paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat hampir 56.64 gram bernilai RM4,000.

“Suspek berusia 30 tahun itu kemudian ditahan dan barang kes dirampas manakala bot ditunda ke Jeti PPM Tawau untuk dokumentasi.

“Barang kes dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056876 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list