CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8199|Reply: 44

Budak Enam Tahun Mati Didera Dan Diabaikan Penjaga Di Flat Bandar Tun Razak

[Copy link]
Post time 5-12-2023 09:02 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Seorang bapa menemui anak perempuannya yang berusia enam tahun tidak sedarkan diri di dalam bilik sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Pegawai Perubatan Hospital Tunku Azizah (HTA) menerima kanak-kanak tempatan itu pada pukul 3.40 petang.


Katanya, kematian kanak-kanak perempuan itu disyaki akibat didera dan diabaikan oleh penjaga.


Gambar Hiasan




“Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari yang sama dan disyaki terdapat unsur penderaan serta pengabaian.


“Hasil siasatan awal mendapati, lebih kurang pukul 11.30 pagi Sabtu, mangsa sedang tidur di dalam bilik sementara bapanya keluar membeli makanan.


“Pada pukul 2.30 petang, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebaik sahaja bapanya pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas beliau, mayat kanak-kanak malang itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.


“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak. – CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
So penjaga dia tu ialah bapa dia??
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:29 AM | Show all posts
beli makanan apa dri 1130-230? aku rasa kalau masak nasik pun sejam siap

haramjadah ni menipu.. cuba tutup kesalahan..

6thn girl... babi lah, knp kejam ... tolonglah ya allah balas keasalahan musibat ni seteruk2nya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:48 AM | Show all posts
punyalah susah psgn lain nak dpt anak. ada anak, dia dera plakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerat pelir bapak dia supaya tak membiak lagi
Anak tu Wei..ko Dera dia buat apa..
Rumah kanak2  dekat situ je kalau ko tak nak Bela..bg jkm uruskan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:11 AM | Show all posts
all kinda abuser should rot in hell
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2023 10:12 AM | Show all posts
bau ikan je kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:13 AM | Show all posts
sesetengah manusia memang tak layak ada anak...saya sarankan supaya semua lelaki perlu bermasturbasi secara kerap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 11:25 AM | Show all posts
dera n rogol? ada kemungkinan juga. semoga bapak dia mandul.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 11:31 AM | Show all posts
Tadi je baru tengok tt...ada yang viralkan meninggal time tidur. Pelik sangatkan. Kat situ ada bapaknya komen..tu naka saya sambil letak emoji menangis.
Takkan budak tiba2 je meninggal kalau tak ada apa2 masalah. Harap kes ni disiasat betul2. Pkl 11.30 baru nak cari sarapan pagi, pkl 2.30 baru balik rumah??? Hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 01:54 PM | Show all posts
ish2.. bapak pya kerja ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 03:49 PM | Show all posts
aciksenah replied at 5-12-2023 11:31 AM
Tadi je baru tengok tt...ada yang viralkan meninggal time tidur. Pelik sangatkan. Kat situ ada bapak ...

ada nmpk kat ttcurious juga tadi
takkan lah budak meninggal tetibe
dalam tidur plak
melainkan sememangnya ada penyakit
then bapak dia kuar
takde org lain ke kat umah
baru 6 tahun ye
berejam plak tu

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 04:15 PM | Show all posts
Sedih betul berita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 04:51 PM | Show all posts
Flat yang dekat LRT BTR tu ke? Crowded betul area situ.

Lepas seksa kat dunia. Berbahagia lah dik di Syurga.


Semoga spesis pemalas dan tak bertanggungjawab tak dapat membiak. Geram betul dengar berita macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Story tak habeh lagi ni. Meninggal sabtu,Isnin baru inform sekolah. Aku tau cita full sbb kwn baik aku cikgu pra kt situ. Hasil post mortem budak tu meninggal sbb kelaparan. Kwn aku bgtau klau kt sklh arwah mmg makan byk. Nmpk mcm betul2 kelaparan. Arwah dh 2 minggu tak pegi sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mak bdk tu mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 5-12-2023 05:30 PM
Story tak habeh lagi ni. Meninggal sabtu,Isnin baru inform sekolah. Aku tau cita full sbb kwn baik a ...

Lah...kesiannyer...Mati kebuluran rupanyer...semoga roh adik nie tenang di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 bapak nya beli makanan utk dia je..
Bukan utk adik Ni..
Alasan kannn

Gitu iols cerca
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 5-12-2023 05:30 PM
Story tak habeh lagi ni. Meninggal sabtu,Isnin baru inform sekolah. Aku tau cita full sbb kwn baik a ...

Agaknya dalam 2 Minggu tu apa la yang dia Makan kan..
Mati kebuluran tu..sengsara oo sebelum Mati
Kalau iols cikgu tu..sure iols dah nanges sedu2 Wei...kesiannya adik tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrp dpt dedahkan hasil postmortem...siannya arwah ..2 minggu x dtg sekolah mcm2 dah tu dia kena kat rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.053664 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list