CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5212|Reply: 3

[Politik] Kerajaan madani gagal? Usah terperangkap dalam sindrom penafian...32 juta tu banci bukan survey!

[Copy link]
Post time 5-12-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 5-12-2023 09:04 AM




SEBELUM ini kaji selidik Merdeka Center mendedahkan kadar sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menurun selepas setahun pentadbirannya.

Membandingkan kaji selidik penghujung bulan lalu dengan Disember tahun lalu iaitu sebulan selepas Anwar mentadbir Putrajaya, firma itu berkata separuh pengundi memberi maklum balas positif berbanding 68 peratus sebelum ini.

Hasil kajian itu bagaimanapun telah ditempelak oleh Menteri Kewangan, Rafizi Ramli bahawa kaji selidik Merdeka Center itu tidak bersandarkan dapatan yang penting terhadap rakyat mahupun kerajaan.

Malah, Perdana Menteri sendiri menyifatkan laporan kaji selidik oleh Merdeka Center itu tidak mewakili suara keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia, sebaliknya diperoleh hanya dibuat berdasarkan pandangan daripada 1,200 responden.

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar menjelaskan, 32 juta itu banci bukannya kaji selidik atau survey.

“Survey ini kita hanya mengambil sampling, bukan tanya 32 juta, kalau jumlah itu kita kena banci," katanya seperti dilaporkan.

Mungkin kerajaan ketika ini merasakan bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik tetapi hakikatnya tidak di mata rakyat.

Kajian yang dijalankan oleh Institut Strategi dan Integriti Terengganu (TSIS) turut menunjukkan 62 peratus responden tidak berpuas hati dengan prestasi Anwar, manakala 63 peratus responden tidak bersetuju dengan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pemimpin kerajaan tidak boleh bersikap ‘in denial’ iaitu menafikan segala dapatan kajian. Komentar oleh tokoh dan badan berwibawa juga berpandangan sedemikian sempena setahun Anwar menjadi Perdana Menteri.

Kemenangan calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman adalah isyarat jelas bahawa rakyat semakin menolak PH dan BN.

Justeru, Anwar dan pimpinan kerajaan perlu mengambil iktibar daripada hasil kaji selidik dan kekalahan di Kemaman untuk memperbaiki lagi kelemahan. Apa yang penting, jangan terperangkap dalam sindrom penafian.

Ini kerana sindrom penafian hanya akan memakan diri kerana ia akan menjadi penghalang terbesar dalam usaha memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Madani pimpinan Anwar.

Kerajaan juga perlu terbuka menerima sebarang teguran, bukan mengharapkan pujian semata-mata.


https://www.sinarharian.com.my/article/638084/suara-sinar/lidah-pengarang/usah-terperangkap-dalam-sindrom-penafian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Perdana Menteri sendiri menyifatkan laporan kaji selidik oleh Merdeka Center itu tidak mewakili suara keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia, sebaliknya diperoleh hanya dibuat berdasarkan pandangan daripada 1,200 responden.

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar menjelaskan, 32 juta itu banci bukannya kaji selidik atau survey…

32 juta tu banci bukan survey...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:01 AM | Show all posts
dah dapatan sebegitu mesti nak komponen PH nafikan. cuba dapatan mengatakan sokongan rakyat semakin meningkat. mesti rafizi kata itu kejayaan walaupun sampling bawah 1000 org
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Populatiom size est 32 mil tapi sampling size kecik bebeno. Berapa org dia invite for the survey? Berapa yg jawab berapa berapa berapa...
Si piji pun kata ada company stats patut kau jawab berotak sikit kata genius kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-3-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.069456 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list