Udang tercemar Malaysia terlepas masuk ke Australia
2011/02/22MELBOURNE: Udang dari Malaysia yang didakwa dijangkiti virus merbahaya yang boleh memusnahkan industri udang Australia yang bernilai A$265 juta telah dibenar memasuki negara itu disebabkan pegawai kuarantin penat atau perhatiannya terganggu, sidang Senat di Canberra diberitahu.
Akhbar The Canberra Times melaporkan bahawa Pegawai Eksekutif Persatuan Penternak Udang Australia Helen Jenkins sebagai berkata insiden itu mepunyai "kesan yang besar."
Penghantaran melalui kapal udang mentah 20 tan metrik yang telah dibuang kulit itu dibenarkan memasuki Australia September lalu walau pun laporan makmal menunjukkan 31 peratus daripada contoh yang diuji positif mengandungi virus sindrom tompok putih - iaitu sejenis penyakit berjangkit yang menghapuskan penternakan udang di China, Thailand, India, Mexico dan Filipina.
Australia adalah satu-satunya negara di mana penternakan udang liar di dalam kolam masih kekal dari jangkitan virus itu, menurut The Canberra Times.
Bagaimana pun, seorang pegawai kuarantin di Biosecurity Services Group "terlepas pandang (perkara) positif" di dalam laporan makmal berkenaan.
Pegawai berkata, udang kira-kira tiga tan metrik telah ditarik balik tetapi baki 17 tan metrik tidak dapat dikesan.
Seorang jurucakap berkata mereka perlu menjejakinya kerana "kebanyakan udang berkenaan dijual kepada industri katering."
Senator New South Wales Bill Heffernan menolak penjelasan itu yang disifatkannya sebagai "jawapan sampah" dan meminta diberi senarai restoran yang telah membeli udang itu.
Katanya, "ada pegawai yang mesti diambil tindakan" berkaitan insiden itu. - BERNAMA
sejenis penyakit berjangkit yang menghapuskan penternakan udang di China, Thailand, India, Mexico dan Filipina.
2011/02/22MELBOURNE: Udang dari Malaysia yang didakwa dijangkiti virus merbahaya yang boleh memusnahkan industri udang Australia yang bernilai A$265 juta telah dibenar memasuki negara itu disebabkan pegawai kuarantin penat atau perhatiannya terganggu, sidang Senat di Canberra diberitahu.
jangan salah sangka...
sekarang ni asal usul udang ka ikan ka sotong ka.....
dah boleh di kesan ....... itu la yg mereka amalkan skang ni terutama di negara eu
jika nak mengoeksport produk perikanan ini
dimana di tangkap
kapal apa yg terlibat
jetimana di daratkan
lori mana di angkut dan kilang mana di proses
rantaian ini akan terputus jika
tidak melalui proses ini dan produk ini pula tidak dibenarkan masok ke negara ini....
bukan senang nak eksport2 neh...kalo gi airport kan terang takleh bwk pokok benih pokok..sbb kat mesia dulu pasal benih padi yg bwk dr siam kot mcm ada penyakit.kot tanam kat sini berjangkit la plak kat pokok2 padi kat sini..
kalu korang dalam bidang perikanan gini...memang menda gini kena concern....virus2 ni buleh menyebabkan kerugian besar...ibarat ko bela ikan dalam kolam ...pastu ada orang tuba ikan ko....habis sekolam mampus keraih ikan.....rugi tak?sekolam tu bape ratus ribu duit modal ko melayang?so jangan pelik laa kalu dorang buleh trace sape yang supply udang ka ikan ka sotong ka pari ka apa ka yang dah dijangkiti virus....aku yakin...negara maju neh pakai sistem...dorang sangat sistematik...kalu manusia buleh jangkit sesetengah virus melalui udara...hidupan laut buleh dijangkiti melalui air
mehla share sket.
negara2 yg core industrinya pertanian/agriculture ni derang mmg strict le mende2 ni so jgn le buat2 tak faham lak camna derang boleh trace semua tu. derang ada le sistem ala-ala CSI nak trace semua ni.
korang yg dah pegi Aussie n NZ esp mesti dah tau betapa strictnye law berkaitan membawa masuk barangan fresh ke negara tersebut. berpuluh tahun lepas lagi derang dah strict, now tentu berlipatkali ganda pemantauan depa. dulu2 pernah industri buah2an was affected dgn sejenis ulat ni.. so siasat punya siasat, depa trace ulat ni datang dr sebiji buah mangga yg dibawak sorang pelancong yg terlepas pandang masa lalu imigresen. punyala.. sbb tu apa2 barang mentah/fresh dr negara luar hanya setakat imigration checkpoint je.. biasanya masuk tong sampah je nanti.
mehla share sket.
negara2 yg core industrinya pertanian/agriculture ni derang mmg strict le mende2 ...
water_lily Post at 22-2-2011 03:05 PM
aku rasa malaysia kurang concern menda2 gini....sebab tu dorang rasa pelik camne negara maju buleh trace product2 yang bermasalah....kalu tgk dokumentari kat discovery channel .....kilang bungkuih roti dan cheese pom mereka rata2 sangat sistematik....kurang pakai tenaga manusia...sebahagian besar pakai machine dan sistem pengkomputeran....dan sudah pasti...sangat bersih
malaysia baru nak bermula....... 2010 baru nak all out
payah btol nak jaga perot mat saleh ni....
ada negeri di afrika serender sb tak tahan nak upgred segalanyer....
belanja besau tu beb!!!