CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12445|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Malbatt 850 terima kenderaan perisai baharu

  [Copy link]
Post time 5-12-2023 05:14 AM | Show all posts |Read mode


Port Dickson: Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (Malbatt) 850 bakal memperoleh 20 kenderaan perisai 4×4 Panthera bernilai RM190 juta, tahun depan.

Kenderaan dari Turki itu bagi meningkatkan kesiapsiagaan bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, aset berkenaan akan menggantikan kenderaan jenis A termasuk RPZ Condor 4×4 yang usang dan sudah berusia lebih 40 tahun.

Kami jangka ia diterima awal Januari ini dan terima kasih kerajaan kerana meluluskan peruntukan perolehan RM400 juta untuk menggantikan kenderaan yang uzur," katanya

Beliau ditemui selepas Majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran Malbatt 850-10 di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), hari ini.

Kontinjen Malbatt 850-10 diketuai Kolonel Mohd Rizman Ramli memulakan misi pada 27 Okt 2022 dan berakhir 14 Nov lalu dengan keanggotaan seramai 854 orang.

Mengulas mengenai pasukan Malbatt 850-11 yang ketika ini berda di Lubnan, Mohammad berkata, situasi penugasan diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut keperluan, susulan konflik Israel-Palestin.

"Setakat ini, keadaan kontinjen Malbatt masih terkawal dan sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan operasi serta berwaspada kepada sebarang kemungkinan dan tertakluk kepada arahan Unifil.

Ini satu pengalaman baru kerana perang yang berlaku di Gaza itu begitu hampir, namun kita percaya tentera kita tabah hadapi dugaan sepanjang bertugas di sana," katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-2-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.049278 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list