CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20220|Reply: 0

Malbatt 850 terima kenderaan perisai baharu

[Copy link]
Post time 4-12-2023 06:06 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian kontinjen Malbatt 850-10 menanggal beret PBB pada Majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat PNBB dan Pembubaran Malaysian Battalion 850-10 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). FOTO AZRUL EDHAM

Port Dickson: Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (Malbatt) 850 bakal memperoleh 20 kenderaan perisai 4×4 Panthera bernilai RM190 juta, tahun depan.

Kenderaan dari Turki itu bagi meningkatkan kesiapsiagaan bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, aset berkenaan akan menggantikan kenderaan jenis A termasuk RPZ Condor 4×4 yang usang dan sudah berusia lebih 40 tahun.

"Kami jangka ia diterima awal Januari ini dan terima kasih kerajaan kerana meluluskan peruntukan perolehan RM400 juta untuk menggantikan kenderaan yang uzur," katanya.



Beliau ditemui selepas Majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran Malbatt 850-10 di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), hari ini.

Kontinjen Malbatt 850-10 diketuai Kolonel Mohd Rizman Ramli memulakan misi pada 27 Okt 2022 dan berakhir 14 Nov lalu dengan keanggotaan seramai 854 orang.

Mengulas mengenai pasukan Malbatt 850-11 yang ketika ini berda di Lubnan, Mohammad berkata, situasi penugasan diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut keperluan, susulan konflik Israel-Palestin.

"Setakat ini, keadaan kontinjen Malbatt masih terkawal dan sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan operasi serta berwaspada kepada sebarang kemungkinan dan tertakluk kepada arahan Unifil.

"Ini satu pengalaman baru kerana perang yang berlaku di Gaza itu begitu hampir, namun kita percaya tentera kita tabah hadapi dugaan sepanjang bertugas di sana," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... raan-perisai-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.800725 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list