CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5444|Reply: 0

[Pulau Pinang] ZPP serah trak dakwah bernilai RM295,000 kepada IPSI

[Copy link]
Post time 4-12-2023 05:09 PM | Show all posts |Read mode
ZPP serah trak dakwah bernilai RM295,000 kepada IPSI

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
04 Disember 2023    04:26pm






Dr Roslan (lima dari kiri) menyerahkan replika kunci kepada Kamarudin pada Majlis Penyerahan Trak Dakwah ZPP di Bangunan IPSI di George Town.



GEORGE TOWN - Sebuah trak dakwah yang dinamakan Trak Info Islam IPSI bernilai RM295,000 diserahkan Zakat Pulau Pinang (ZPP) kepada Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) bagi membolehkan aktiviti dakwah terus dijalankan di seluruh negara.

IPSI merupakan sebuah pertubuhan sukarela yang berasaskan kepada pertubuhan dakwah dengan mengajak penganut agama lain untuk menerima Islam sebagai agama anutan melalui aktiviti-aktiviti dakwah non-Muslim dan dialog antara agama.



Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Roslan Ahmad berkata, trak dakwah telah diubahsuai mengikut kesesuaian sebagai ‘lori pentas’ bagi membolehkan aktiviti dakwah dan dialog antara agama dijalankan oleh IPSI.

Menurutnya, pemilihan IPSI dibuat berdasarkan kepada 30 tahun pengalaman dakwah oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu di Pulau Pinang dengan menjalankan pelbagai aktiviti dakwah.


"Kita sedia maklum bahawa cabaran dakwah masa kini semakin hari semakin kompleks. Sasaran dakwah masa kini tak sama dengan masa lalu.
"Kita berhadapan dengan masyarakat celik IT, zaman warga media sosial lebih-lebih lagi dalam kewujudan masyarakat pluralistik dalam aspek agama, bangsa dan budaya di Malaysia," katanya dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Trak Dakwah ZPP di Bangunan IPSI di sini pada Isnin.



Majlis penyerahan trak dakwah disempurnakan oleh Dr Roslan (lima dari kanan) kepada IPSI di Bangunan IPSI pada Isnin.




Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Pengasas dan Presiden IPS, Datuk Kamarudin Abdullah.




Tambah Amran, ketika ini, masyarakat semakin bijak menilai dan membuat pilihan menyebabkan kandungan dakwah yang disampaikan perlu lebih berkualiti dan sesuai dengan peredaran masa.

"Dulu mungkin masyarakat boleh terima bulat-bulat apa yang kita lontarkan. Tetapi sekarang masyarakat bijak menilai dan membuat pilihan. Ada yang menerima ikut selera, kerana dunia semakin terbuka.

"Ada yang sedia menerima dengan hujah dan dalil. Oleh itu, persiapan kompetensi dan kandungan dakwah kita perlu lebih berkualiti dan sesuai dengan peredaran masa.



"Selaras dengan suasana masyarakat beragama di Malaysia, dialog antara agama dilihat sebagai wadah yang efektif untuk dibudayakan dalam segenap lapisan masyarakat. Dalam konteks semasa, pengamalan dialog antara agama lazimnya diterajui NGO Islam antaranya IPSI," katanya.

Beliau menambah, bagi tahun 2023, ZPP telah memperuntukkan RM4.43 juta untuk program dakwah melalui agihan Asnaf Muallaf.

"Peruntukan ini disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk program-program dakwah khususnya kepada pengurusan Darul Hidayah dan sebagainya.

"Di samping itu, sumbangan juga kepada NGO Islam lain seperti IPSI, Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang dan lain-lain bagi merancakkan aktiviti menyampaikan dakwah dan syiar Islam kepada masyarakat Islam termasuk golongan Saudara Kita di Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Kamarudin berkata, sumbangan yang diberikan ZPP itu diterima dengan hati yang terbuka dan akan digunakan sebaik mungkin bagi menyebarkan dakwah di seluruh negara.

"Saya amat terharu kerana IPSI hanya bermula di tepi jalan dan kini bergerak menggunakan sebuah trak yang telah diubahsuai dengan lengkap.

"Terima kasih kepadq ZPP kerana sentiasa melaksanakan langkah-langkah yang luar biasa dengan mengangkat NGO-NGO Islam melalui bantuan selama ini.

"Kita akan gunakan trak dakwah ini sebaik mungkin untuk pelbagai aktiviti dakwah di seluruh negara, insya-ALLAH," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048471 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list