CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10893|Reply: 19

Jaga Setiap Tingkah Laku, Nadhir Nasar Tak Nak Terpalit Sebarang Kontroversi Atau Gosip

[Copy link]
Post time 4-12-2023 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Nadhir Nasar menjaga setiap tindak tanduk serta tingkah lakunya agar tidak terpalit dengan sebarang kontroversi mahupun gosip.


Katanya dia hanya ingin menjadi diri sendiri dan akan menjaga namanya sebaik mungkin.


Foto: IG




"Sudah pasti saya perlu menjaga nama baik saya dan elakkan dari sebarang kontroversi, bagamaimanapun saya hanya menjadi diri saya dan buat apa yang perlu.


"Saya seratus peratus menjadi diri saya sendiri, sesiapa yang kenal atau mahu berkenalan, saya sangat mengalukan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.




  



"Kehidupan yang saya lalui sebagai anak seni sehingga kini sangat bermakna untuk diri saya,"katanya seperti dipetik di OhBulan.


Tambahnya sudah menjadi asam garam anak seni sekiranya terpalit dengan sebarang kontroversi mahupun gosip.


  



"Bila nama terpalit dengan kontroversi, itu adalah normal untuk seseorang artis, apabila sudah menceburkan diri dalam dunia seni, itu perkara yang perlu dihadap.


"Untuk menjadi yang famous tiada siapa yang suruh pun, jalan untuk terkenal itu individu tersebut yang pilih. Sebelum dikenali mereka dah tahu apa yang akan dapat.


  



"Saya pun bukanlah manusia yang sempurna, tapi kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita.


"Gosip dan kontroversi ibarat garam dan lada hitam dalam masakan, tapi yang paling utama ada masakan yang awak hidangkan atas meja."-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada vibes kpop jugak dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sila kurangkan mode terpaling tu ya kalau dekat social media. Pastu kalau orang tegur tu jangan la delete comment pulak ye diknon
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiggybiru replied at 4-12-2023 03:49 PM
Ada vibes kpop jugak dia ni

yup ada di mata iols, heols mirip member NCT yang nama Johnny. Tapi ampun kalau chuols rasa tak iras
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:28 AM | Show all posts
bagus dek nadhir
berlakon dah mantop
elakkan kontroversi tingkatkan prestasi
berguru lagi ngan Beto tu. Muka dah macam adik beradik
jia you!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 11:09 AM | Show all posts
Ok dek non. All the best.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2023 11:21 AM | Show all posts
Tiggybiru replied at 4-12-2023 03:49 PM
Ada vibes kpop jugak dia ni

itulah. tp disebabkan iols masih nampak sisi maskulin heol yg ala bet0 tu, iol boleh terima. idokla jambu hingga nampak feminin mcm kpop sejati.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Formula dia gini dik...kalau rupa ko hensem, wajah ko jelita...ko lepaskan burung terbang ke ko menyondol ke...pasti netizen maapkan...beauty privilege..tapi kalau ko xde paras rupa yg letops, mmg ko kena Xtra hati2 utk jaga reputasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la dik..harap berjaya.
Jangan dok ngeship dengan DT @ AJ @ mana - mana retis ya..bodo sangat. Boleh jauh dengan bakat n kontroversi. Satu lagi attitude kena jaga. Mulut kena jaga dik kalau nak lama dalam industri.
So far suka lakonan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jwpn tu betul tapi tetap tak mengubah kenyataan yg dia ni poyo   mgkin kalau kurangkan poyo tu dah ok.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat iols pulak poyo pun takpa.. jangan keras kejung kaku.. takat ni lakonan tak mengecewakan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kuceeng at 5-12-2023 10:59 PM

dia ni mmg terpaling dan poyo, aku tggu je kontroversi dia satu hari nanti...aku perati je kat twitter, bagusla cakna isu semasa tp semua benda nak diulas smpai keluar condescending attitude, selek pulak tu...kemain post mcm2 indirectly bekap bff dia si meerqeen mase member kena kecam isu gal gendut tu...yg ni mcm indirectly nak bgtau bersyukur xde kene kecam teruk2 mcm geng2 PHC, HR dia ke tu? ade something psl bdk ni yg aku irked sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kuceeng replied at 5-12-2023 09:58 PM
dia ni mmg terpaling dan poyo, aku tggu je kontroversi dia satu hari nanti...aku perati je kat twitt ...

Mcm Ben kan.. Tapi nasib lakonan ok..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la batch dia si Meeqeen dan Aniq dah terpalit kontroversi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nozot replied at 5-12-2023 05:01 PM
Ok la dik..harap berjaya.
Jangan dok ngeship dengan DT @ AJ @ mana - mana retis ya..bodo sangat. Bol ...

Tp dia baik dgn Qasqas
Mau gak cinlok tp dia kontrol agar tak terjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kuceeng replied at 5-12-2023 09:58 PM
dia ni mmg terpaling dan poyo, aku tggu je kontroversi dia satu hari nanti...aku perati je kat twitt ...

lah heols pon gigih ke backup merkin? omg agak disgusting sebab heols konon terpaling cakna pasal isu palestin selama ni which dah bagus.

Sekali kena dekat circle sendiri kemain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 5-12-2023 10:45 PM
Ye la batch dia si Meeqeen dan Aniq dah terpalit kontroversi..

macam bertanding pulak theyols ni merebut title siapa paling hauk
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok da tp suara dia cam kecik....mcm kadang2 x sedap dengor plak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe nadhir, artis ada haters tu lumrah. Ni pun dah ada yg tunggu masa nak kecam. Tu belum apa2 lagi tu

All the best shooting movie klepet kat melaka. Lepas tu adaptasi strong girl bongsoon pulak. Dua2 dengan meerqeen
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
tempayanpecah replied at 6-12-2023 06:08 AM
Ok da tp suara dia cam kecik....mcm kadang2 x sedap dengor plak...

Haah suara dia halus tak deep mcm hero2 lain. Even idanaedan superwira tu lagi sedap suara. Tapi intonasi nadhir okay, so masuk je feel dia. Membantu la tone suara halus tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.075565 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list