CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10455|Reply: 15

Hilang Masa Balik Kerja, Isteri Resah Dah Lima Hari Suami Tak Balik

[Copy link]
Post time 4-12-2023 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang isteri resah dengan dengan kehilangan suaminya yang juga seorang operator kren sejak lima hari lalu.


Bapa kepada dua anak lelaki itu gagal dikesan ketika pulang ke rumah di Parit Haji Kassim, Alor Pongsu di Bagan Serai, Khamis lalu.


J Mizan Ideris, 47, yang menunggang motosikal Yamaha Y15 bernombor pendaftaran KFL 8922, berwarna kuning dan hitam dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kulim, Kedah.




Foto: Harian Metro




Isterinya, Haslini Mat Radzi, 46, berkata, kali terakhir dia berhubung dengan suami antara 3 hingga 4 petang, Rabu lalu ketika dia sedang berkursus di Johor apabila dihubungi lelaki itu yang memberitahu berada di tapak kerjanya.


Menurutnya, suami sudah bekerja di syarikat berkenaan sejak lebih setahun lalu dan berulang setiap hari dari rumah mereka di Alor Pongsu ke Kulim yang mengambil masa kira-kira sejam perjalanan dengan motosikal.


"Saya dihubungi majikan suami pada tengah hari, Khamis lalu yang bertanyakan suami kerana dia tidak masuk kerja sebelum saya hubungi mak dan anak untuk tanya jika suami ada di rumah kerana saya masih berada di Johor ketika itu.


"Tetapi mereka beritahu suami tiada rumah. Selepas itu saya hubungi rakan suami di Kulim minta bantuan mereka mencari jika suami tidur di rumah sewa yang disediakan majikan tetapi di sana juga tiada," katanya kepada Harian Metro.


Katanya, mereka juga cuba menghubungi telefon suami serta turut berusaha mencari lelaki itu termasuk di kawasan yang selalu dilaluinya untuk pulang ke rumah, namun gagal.


"Laluan itu memang agak sunyi terutama apabila dilalui pada waktu malam dan pelbagai usaha sudah kami lakukan tetapi suami masih belum ditemui sehingga kini, malah sebarang petunjuk juga tiada yang membuatkan kami buntu," katanya.


Katanya, hatinya risau mengenangkan keadaan suami dan mengakui semangatnya juga hilang tanpa khabar daripada lelaki itu yang sudah lima hari gagal dikesan.


"Saya dan suami sudah sepakat untuk mengambil cuti minggu depan sebab kami mahu menghantar jemputan perkahwinan anak sulung yang akan berlangsung pada 7 Januari ini tetapi sekarang suami pula hilang tanpa khabar.


"Semua persiapan sudah dilakukan, namun keterujaan untuk mengadakan kenduri sudah tidak dirasai, malah hati ini juga terlalu risaukan suami. Saya berharap suami segera ditemui walau dalam keadaan apa sekalipun dan itu saja harapan saya ketika ini," katanya membuat laporan polis di Balai Polis Bagan Serai, manakala majikan suami membuat laporan polis di Kulim.


Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi anak Haslini iaitu Zulashraf di talian 018-9522870 dan Zul Fadzli (019-8158347). -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah buat report polis Tu oklah..semoga cepat ditemui
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 03:50 PM | Show all posts
smoga abang di cepat ditemui, nk kenduri anak sulung tu dah dekat tarikhnya..

jalan mana yg dia lalu tu.. jauh gak perjalanan tu, mcm2 boleh jadi
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..anak nak kawin, husband pulak hilang...moga yg baik2 saja pengakhirannya
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 04:05 PM | Show all posts
muda lagi dah nak dapat menantu..
kita 40an, anak sekolah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 04:08 PM | Show all posts
Teringat terus kes jiran iolls, baru hilang sehari semalam, mak tunggu tak balik2 keje. Call tak angkat. Last2 orang kampung pegi lalu laluan heolls pegi balik kerja, jumpa eksiden pengsan dalam semak. Semak2 yg mcm hutan tu. Nasib baik hidup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
5hari dah.. semoga selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Samada eksiden atau
Dia yang kawen lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 07:30 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-12-2023 04:05 PM
muda lagi dah nak dapat menantu..
kita 40an, anak sekolah lagi

dh depa kawen umur awal aka 18/19 tahun mmg lh anak dh ada yg nk kawen..rezeki msg2
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 07:47 AM | Show all posts
sama ada kemalangan atau ikut weza ke rumah janda
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Operator kren ni masyuk. Very specialised. Awat pi balik kerja pakai motor ja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo dirompak pun jgn ler sampai dibunuh. org ada keluarga yg menunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
moga yg baik2 sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:51 AM | Show all posts
kesiannya..semoga yang baik2 saja..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 08:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 04:26 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.433943 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list