CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7261|Reply: 0

[Kelantan] 'Rumah kosong angkara banjir berulang'

[Copy link]
Post time 4-12-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) yang didaftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Kelantan.

RANTAU PANJANG: "Dalam rumah kami sudah kosong sejak setahun lalu selepas kesemua barangan dalam rumah musnah akibat banjir, kini kami hanya fikirkan nyawa sahaja."

Demikian luahan mangsa banjir, Zaidah Yusuff, 63, dari Kampung Kubang Kual yang berpindah di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, sejak Jumaat lalu.

Ibu kepada tiga anak itu, berkata saban tahun mereka sekeluarga berdepan dengan banjir sejak tinggal di kampung berkenaan 30 tahun lalu.

"Letih memikirkan keadaan yang berlaku ada kalanya sehingga tiga kali setahun terpaksa berpindah. Banjir kali ini pun paras air mencecah sehingga 0.5 meter dalam rumah.



"Jika tanya apa kerugian kami alami, kami bukan lagi mengalami kerugian kerana rumah kosong tiada perabot sejak setahun lalu selepas dilanda banjir teruk Disember tahun lalu yang memusnahkan kesemua barangan rumah.

"Kami sudah serik, letih, tidak mampu untuk membeli barangan baru kerana tahu ia akan merugikan kerana semua barang akan musnah setiap kali banjir," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Jelasnya, setiap kali berdepan banjir dia akan mengalami demam yang teruk kerana keletihan terlampau untuk mengemas dan mencuci rumah.

"Itulah situasi yang saya alami sejak 30 tahun yang lalu dan berharap masalah banjir ini sekurang-kurangnya dapat dikurangkan walaupun tidak dapat diselesaikan sepenuhnya," katanya.

Mangsa banjir, Sabariah Abdullah, 60, turut memaklumkan barangan rumahnya juga kosong sejak setahun lalu akibat banjir.

"Saban tahun berdepan kerugian menyebabkan saya dan ibu, Selamah Isa, 94, tidak membeli sebarang barangan rumah dan ruang tamu hanya kosong.

"Saya kini sudah reda dan ketika air naik beberapa hari lalu, saya bersama adik terus mendukung ibu, Selamah Isa, 94, yang tidak boleh berjalan dan membawanya ke PPS," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ara-banjir-berulang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.263295 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list