View: 5841|Reply: 2
|
[Pulau Pinang]
Kes pelajar OKU amang seksual 14 rakan asrama dirujuk TPR
[Copy link]
|
|
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/KOS_JSPTBUKITAMAN011-2048x1363-1-3-4.jpg)
Gambar hiasan
SEBERANG PERAI – Polis dalam proses menyiapkan kertas siasatan berhubung kes amang seksual membabitkan seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) berusia 13 tahun terhadap 14 rakannya di asrama lelaki sebuah sekolah menengah di Kepala Batas di sini, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, kertas siasatan tersebut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam tempoh terdekat.
Menurutnya, suspek lelaki yang mengalami masalah pembelajaran itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat pengetua sekolah terbabit, Jumaat lalu.
“Tangkapan ke atas remaja berusia 13 tahun itu dibuat selepas polis menerima aduan daripada pengetua berkenaan. Kesemua mangsa terlibat berusia antara 13 sehingga 14 tahun.
“Mangsa terdiri daripada pelajar OKU yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.
Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... asrama-dirujuk-tpr/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebuah sekolah menengah di Kepala Batas
sekolah apa ni weh..
pelajar OKU yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme,
budak mcm ni knp di biarkan duduk asrama, dia pnya deria seks mmg lebih bold dr budak yg biasa, perlu lebih pemantauan... HARU BETUL
kesian kt budak lain yg kena tuh!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
baru tau OKU pun ada sekolah asrama ye.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|