View: 6054|Reply: 26
|
Cerpen: Hati Danial (U)
[Copy link]
|
|
Salam...huhu....ni pestime saya masuk bod ni....hehe...agak takut2 jgk....kalo ada salah kat mana2, harap dptlah bg tunjuk ajar ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
btw nk bgtau ni....ni bukanlah hasil nukilan saya...but my hubby...saya cuma tolong letakkn kat bod ni aje...sayang lak nngok hasil tulisan dia tebior cam tu jek kat blog....sudi2kan lah baca ye..... |
|
|
|
|
|
|
|
btw nk bgtau ni....ni bukanlah hasil nukilan saya...but my hubby...saya cuma tolong letakkn kat bod ni aje...sayang lak nngok hasil tulisan dia tebior cam tu jek kat blog....sudi2kan lah baca ye..... |
|
|
|
|
|
|
|
Danial duduk bersila sambil menongkah daku di tepi kolam memerhatikan ikan Kap yang bermain girang. Cuaca panas yang mencecah 38 Darjah Celsius langsung tidak dihiraukannya. Bebola matanya begitu fokus pada setiap gerak geri ikan-ikan kap yang berenang berkejaran. Lagak ikan-ikan itu begitu girang sekali namun sedikit pun tidak mampu membuat Danial tersenyum walau sedikit.
Seperti biasa jam 2.00 petang Danial akan pulang dari sekolah. Usianya baru 7 tahun dan baru berada pada tahun 1 sekolah kebangsaan. Dia seperti kanak-kanak lain yang pastinya akan berlari menuju ke pintu pagar rumah setiap kali pulang dari sekolah.
Entahlah apa seronoknya pulang ke rumah. Mungkin berada di sekolah itu suatu yang amat membosankan atau itu memang sifat semula jadi kanak-kanak yang mungkin tidak sabar mahu mengkhabarkan keceriaan dan keseronokan di sekolah kepada ibu bapanya.
Namun kali ini sifat Danial begitu berbeza. Dia menuruni anak tangga bas dengan lemah kemudian melangkah dengan begitu longlai. Perlahan dia membuka selak pintu pagar yang tidak berkunci lalu memesongkan langkah ke kolam ikan dan terus saja dia duduk di tepinya sambil memerhatikan ikan Kap yang bermain.
Rautnya sedikit monyok dan langsung tiada keceriaan tidak seperti hari-hari yang biasa. Seperti ada kerungsingan yang cuba disembunyikan dari raut wajah anak kecil ini. Perlahan dia melonggarkan kasut lalu meletakkannya di sebelah. Kemudian ditanggalkan kedua-dua belah stokin lalu disumbatkannya ke dalam kasut setiap satunya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“Danial… buat apa kat panas tu.. masuk sini..” Herdikan Rini, ibu Danial segera menyentap lamunan anak kecil itu.
Danial tersentak lalu segera bangkit sambil mencapai kedua-dua belah kasut yang telah ditanggalkan tadi. Dia menghayun langkah yang agak deras dan cuba mengukir senyuman semata-mata mahu menyembunyikan sesuatu kepada ibunya.
“Macam mana kat sekolah tadi?”
“Tak ada apa-apa…” Jawab Danial Ringkas terhadap soalan yang ibunya ajukan.
“Cuci tangan lepas tu pegi makan…” Perintah Rini.
Danial tidak banyak cakap dan menurut saja. Setelah mencuci tangan dia terus duduk di kerusi sambil menghadap makanan yang telah dihidang oleh Rini. Kemudian dia menadahkan kedua belah tangan untuk membaca doa…
“Allah huma barik lana fima rozaktana wakina azabannar… Amin Ya rabbal alami. Minna waminkum taqabal ya karim..”
“Hai Danial… Perlahan je baca doa hari ni… selalu kuat..” Rini menegur
“Ye lah…” Jawab Danial lalu mengulangi bacaan doa dengan suara yang lebih kuat seperti biasa.
Rini hanya tersenyum melihat gelagat anaknya. Kadang kala sikap kanak-kanak memang sukar diramal. Namun setiap yang dilakukan pasti ada sebabnya kerana jiwa kanak-kanak itu luhur, murni dan masih belum tercemar. Mereka tidak pandai menipu, tidak pandai berpura dan jujur dalam setiap perbuatan.
“Kenapa makan tak habis ni?” Tanya Rini.
“Tak selera” Jawab Danial lagi.
Rini menerima saja jawapan Danial. Namun dalam hatinya terdetik ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya. Dia mendekati Danial lalu meletakkan belakang telapak tangan pada dahi Danial. Ternyata ada sedikit kenaikan suhu pada anaknya. “Mungkin Danial tidak sedap badan lantas dia kurang selera makan.” Rini membuat andaian. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita tentang anak...best sambung la lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Malam Hari….
Hasrul pulang kerja agak lewat hari ini. Selalunya sebelum maghrib dia pasti sudah sampai di rumah untuk mengimamkan solat. Namun hari ini dia pulang lewat sekitar jam 11 malam atas urusan kerja.
“Danial dah tidur ?” Soal Hasrul kepada Rini.
“Dah kot…” Jawab Rini ringkas.
Hasrul segera masuk ke bilik air untuk membersihkan diri setelah seharian bekerja. Tidak lama kemudian dia keluar semula dengan kain pelikat yang bergulung di bahagian pinggan dan tuala yang disangkutkan di bahu sebelah kanan. Kemudian dia mengenakan T-Shirt putih yang telah disediakan oleh Rini dan diletakkan di atas katil.
Setelah itu Hasrul terus mencapai sejadah lalu membentangkannya di bahagian tengah rumah yang bertentangan antara bilik tidurnya dan bilik Danial lantas dia segera menunaikan rukun Islam yang ke 2.
Selesai saja solat Hasrul bingkas bangun lalu menolah ke belakang. Di saat itu dia seaka terpandang kelibat Danial yang sedang mengintainya dari celah pintu bilik. Dia hanya tersenyum dan terus melangkah ke bilik tidur Danial.
Pintu bilik dibuka luas tetapi jelas Danial sudah pun tidur. Hasrul datang mendekati lalu mengucup dahi anaknya itu seperti biasa. Rutin yang dilakukannya setiap malam sebelum melelapkan mata. Di waktu itu dia terlihat mata Danial berkelip-kelip sedikit.
“Ah.. Dia belum tidur..” Bisik hati Hasrul lalu melabuhkan punggung di sisi tubuh Danial. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kenapa Danial tak tidur lagi ?” Tanya Hasrul sambil mengusap anak rambut Danial.
Danial tersentak. Dia tidak tahu bagaimana ayahnya boleh tahu dia sebenarnya berpura-pura melelapkan mata. Dia membuka Mata lalu mengukir senyuman.
Hasrul merenung mata Danial. Sayu saja mata anak kecil itu seakan ada masalah yang dipendam.
“Mama marah Danial ke?” Tanya Hasrul cuba mengorek rahsia.
“Tak…”
“Dah tu kenapa?” Tanya Hasrul lagi yang memang masak dengan setiap perlakuan anaknya,.
“Danial tak jadi ketua kelas lagi… Cikgu tersalah anggap…” Jawab Danial yang membuka satu lembaran cerita baru.
Hasrul terdiam sejenak. Ternyata anaknya itu mengalami masalah tersendiri. Benaknya terfikir sesuatu kemungkinan anaknya telah melakukan kesalahan semasa di sekolah.
“Kenapa macam tu? Apa yang cikgu salah anggap?” Tanya Hasrul cuba mengambil perhatian Danial.
“Tadi Maisara tak ambil penyapu… sebenarnya Danial bukan penat nak ambil penyapu tapi Danial nak ambil bergilir-gilir. Sepatutnya Maisara yang ambil. Tak kan Ketua kelas saja yang ambil penyapu setiap hari.” Danial memberi penjelasan.
Hasrul tenang mendengarnya. Mahu saja dia mengukir senyuman namun dia menahan saja demi menjaga hati anak kecilnya itu. Mungkin bagi seseorang dewasa itu bukan lah suatu masalah tetapi bagi anak kecil seperti Danial perkara seperti ini bisa membuatkannya sukar melelapkan mata.
“Danial dah terangkan pada teacher?” Soal Hasrul lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
“Tak sempat. Teacher terus marah Danial dan tukar ketua kelas yang baru.” Rintis Danial lagi.
Hasrul semakin faham. Dia sedar anaknya memang petah berkata-kata namun mungkin kali ini Danial tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri.
“Jadi apa Danial nak buat sekarang?” Tanya Hasrul. Sengaja dia mahu melihat sendiri apa idea yang bakal dijelmakan oleh Danial
“Papa tolong Danial buat surat. Danial nak beri pada teacher.” Danial menyatakan cadangannya. Hasrul tersenyum takda setuju.
“Ok… Kejap Papa ambil kertas nanti Danial tulis…” Hasrul menyatakan persetujuan dan Danial mula tersenyum sedikit puas.
Kepada Teacher Aini
Assalamualaikum
Sebenarnya teacher salah faham.
1. Saya bukan penat nak ambil penyapu, tapi saya telah sediakan jadual untuk ambil penyapu setiap hari. Hari ini giliran Maisara tapi dia terlupa nak mengambil penyapu.
2. Saya ketua kelas jadi saya tak mahu saya saja yang ambil penyapu. Semua pelajar juga harus bekerjasama. Tak kan ketua kelas saja yang kena ambil penyapu.
3. Saya mahu jadi pelajar yang baik. Saya mahu jadi ketua kelas bukan tukang pengambil penyapu. Saya harap teacher faham dan jangan salah faham.
Daripada Danial.
Hasrul melayan saja apa saja yang ditulis oleh anaknya. Dia hanya membetulkan beberapa ejaan yang salah dieja oleh Danial. Baginya urusan mendidik di sekolah harus diberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru. Tapi kadang kala guru juga gagal memahami jiwa anak-anak kecil yang sepatutnya diberi hak untuk membela diri seperti Danial. Bagi Hasrul dia tidak berniat mencampuri urusan anaknya di sekolah. Dia sekadar mendidik anak untuk berani mempertahankan apa yang difikirkan benar bagi dirinya.
“Surat dah siap, Danial tidur dulu esok beri pada teacher…” Hasrul memujuk. Danial hanya membalas dengan senyuman. Jelas tergambar satu kepuasan dari raut wajah anak kecil itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# ains_2317
Good Luck... dan suami awak tu mmg suka menulis ke?
Bagus punya isteri yg sudi berkongsi bakat suaminya kat sini... nnti ramailah jadi pengomennya nnti...
|
|
|
|
|
|
|
|
Di Sekolah…
Masa ke empat dalam jadual hari Rabu adalah mata pelajar Bahasa Melayu yang akan diajar oleh Cikgu Aini. Danial seakan tidak sabar menantikan saat itu. Dia begitu ghairah untuk menghulurkan surat yang ditulisnya malam tadi kepada Cikgu Aini.
“Bangun… Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu…”
Kuat suara Ikmal memberi arahan dan kemudiannya memberi salam. Tugas yang baru dipikulnya semenjak semalam apabila menggantikan Danial sebagai ketua Kelas 1 Cendana. Danial menurut bersama rakan-rakan yang lain menurut saja namun hatinya sedikit terkilan. Mungkin dia berasa segan apabila kehilangan jawatan dan diherdik oleh guru di hadapan rakan-rakan berikutan tidak mengambil penyapu semalam.
Sepanjang 30 minit kelas berlangsung Danial kurang dapat menumpukan sepenuhnya terhadap pelajaran yang diajar. Benaknya diusik dengan peristiwa semalam. Dia juga terlalu memikirkan cara dan masa yang sesuai untuk menghulurkan surat membela diri.
Loceng berbunyi, Semua pelajar di kelas 1 Cendana seakan tersentak lalu dengan sekelip mata tergambar wajah ceria pada air muka masing-masing. Kanak-kanak ini semua seakan begitu gembira apabila tibanya waktu rehat.
“Terima Kasih Cikgu….” Suara Ikmal bergema lagi lalu disambut oleh seluruh murid dalam kelas 1 Cendana.
“Teacher… Saya nak bagi surat pada teacher…” Cikgu Aini yang sedang mengemaskan buku-buku yang bersepah di atas mejanya tersentak apabila disapa oleh Danial. Lantas saja di merenung wajah Danial yang sedikit muram lalu mencapai sekeping kertas A4 berwarna putih yang dihulurkan oleh Danial tanpa sebarang bicara. |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu Aini terus membaca surat yang begitu ringkas itu dengan tulisan Danial yang sedikit bercelaru sekejap besar dan sekejap kecil. Langsung dia tidak mengendahkan pelajar-pelajar lain yang kegirangan berlari keluar dari kelas untuk ke kantin.
“Danial ada buat jadual untuk mengambil penyapu ?” Tanya Cikgu Aini
“Ada… ni..” Jawab Danial ringkas sambil mengeluarkan satu kertas yang begitu lusuh dari poket sebelah kanan uniform baju sekolahnya. Dia sudah bersedia untuk menunjukkan bukti itu kepada Cikgu Aini.
Cikgu Aini mencapainya lalu membelek jadual yang disediakan oleh Danial. Hatinya sedikit terusik. Mungkin kesal dengan tindakan mengherdik Danial semalam yang dilakukan tanpa usul periksa. Mungkin pada dirinya dia merasakan Danial hanya seorang kanak-kanak yang telah melakukan kesalahan dan wajar dihukum tanpa membenarkan sebarang pembelaan diri. Menjawab kata-kata guru kadang kala dianggap biadap.
Mungkin hati kanak-kanak ini begitu terusik kerana setiap kanak-kanak diawal persekolahan mempunyai sifat yang jauh berbeza diantara satu dengan lain bergantung acuan yang disediakan oleh ibubapa mereka. Mungkin juga cara didikan yang diterima Danial berbeza dan agak terbuka. Sememangnya Danial diajar untuk lebih berkomunikasi, mengutarakan pendapat dan sentiasa berani menegakkan kebenaran. Itulah yang Hasrul terapkan terhadap anak kesayangannya Danial.
“Ok Danial... Teacher salah anggap patut semalam Maisara yang perlu ambil penyapu. Tugas ketua kelas bukan tugas pengambil penyapu…” Cikgu Aini menerangkan seakan memujuk. Sepantas kilat Danial tersenyum puas mendengar ucapan Cikgu Aini. Baginya dia telah berjaya membela dirinya dalam kes semalam.
“Mari ikut teacher…” Sambung Cikgu Aini lagi sambil menepuk dan mengusap belakang Danial dengan perlahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jam 2 Petang.
Bas sekolah berwarna jingga meluncur perlahan dan kemudiannya berhenti benar-benar di hadapan rumah Hasrul. Seketika kemudian kelihatan Danial yang turun dari bas dengan wajah yang begitu ceria. Langkahnya terlompat-lompat seakan menari kecil.
Tiba-tiba langkah Danial terhenti. Dia sedikit tersentak apabila melihat motokar ayahnya berada di dalam kawasan pagar rumahnya. Seribu satu persoalan bermain di mindanya kerana biasanya setiap kali dia pulang ayahnya pasti tiada. Hanya ibunya, Rini saja yang akan menyambutnya. Hasrul biasanya hanya akan pulang ke rumah menjelang waktu Maghrib.
“Mama… mana ayah?” Tanya Danial tidak Sabar. Jelas hari ini Danial pulang dengan begitu ceria dan sungguh berbeza dengan semalam.
“Ayah di atas sedang tidur. Jangan kacau ayah sayang… ayah demam.” Rini memberitahu.
Danial mengangguk tanda faham kemudian dia melondehkan beg galas dan meletakkannya di sisi tangga. Dia terus saja melangkah terjengket-jengket perlahan mendaki anak tangga satu persatu secara perlahan agar tidak mengganggu Hasrul. Sampai saja di pintu bilik Danial segera menjenggah dan mendapati ayahnya sedang nyenyak tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
Perlahan Danial datang menghampiri lalu berbaring di sisi Hasrul. Kemudian perlahan dia menjulurkan tangan dan memeluk Hasrul yang masih lena.
“Ayah... Tadi teacher Aini kata Danial tak bersalah… Dia kata Danial budak baik. Waktu rehat tadi Teacher Aini belanja Danial makan di tempat makan guru…” Danial menyampaikan perkhabaran gembira pada ayahnya. Hasrul diam saja dan terus lena.
Seketika kemudian Danial mula geram apabila Hasrul hanya mendiamkan diri. Pendapatnya, Hasrul berpura-pura tidur seperti biasa lalu dia menghulurkan telunjuk dan menonjolkan pada ketiak ayahnya agar Hasrul berasa geli. Namun tindakan Danial gagal mendatangkan sebarang reaksi kepada Hasrul.
Danial segera melompat lalu menjerit… “Mama… Kenapa ayah…?”
Rini tersentak dengan pekikan Danial lantas dia berlari ke tingkat atas rumah teres itu. Di pandang wajah Hasrul yang jelas begitu pucat dan lesu. Jantung Rini berdegup kencang sambil merapati tubuh Hasrul yang nampak terkulai. Rini meletakkan tangan di dada Hasrul. Jelas tiada lagi degupan. Dicapainya pula tangan hasrul yang terkulai dan memeriksa nadinya. Jelas tiada lagi nadi yang berdetik. Dalam keadaan yang tidak terkawal Rini terus menangis sambil mengoyang-goyangkan badan Hasrul dengan harapan Hasrul akan sedar. Namun usaha itu hanya sia-sia.
“Kenapa ayah Ma….?” Tanya Danial menuntut jawapan.
Rini membiarkan pertanyaan Danial tanpa sebarang jawapan. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada anaknya tentang pemergian Hasrul buat selama-lamanya. Perlahan dia membongkokkan diri lalu merangkul Danial sekuatnya.
Danial hanya membatu tetapi airmatanya menitis. Mungkin dia sudah faham apa yang telah berlaku terhadap ayah kesayangannya, Hasrul. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# Jaza2008
yup...kalo ada masa lapang...dia memang suka menulis...ada lg cerpen dan novel yg dah siap kat blog dia tu...tp lama dah x berusik...x sempat sbb keje....so i share kat sini jer lah...kot2 ada orng nak baca.... |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya ending |
|
|
|
|
|
|
|
sangat touching...
suami ains ada bakat |
|
|
|
|
|
|
|
timaseh pd yg baca.....actually kes tulis surat pd teacher tu adlh true story yg sgt kelaka....tp dijadikan cite sedih plak...huhu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|