CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8530|Reply: 0

[Sabah] Konsep mahligai kayangan penuh makna

[Copy link]
Post time 3-12-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode

KENANGAN: Juhar (tujuh kiri) dan Norlidah (enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para tetamu kenamaan pada majlis resepsi anakandanya pada Jumaat.


KOTA KINABALU:  Berkonsepkan persandingan di kayangan, majlis resepsi putera sulung Yang Dipertua Negeri Sabah, Brigedier Jeneral Datuk Al Hambra Juhar berlangsung meriah dan penuh makna.

Sebuah replika bangunan mahligai di kayangan dengan struktur anak-anak tangga yang bersambung di pintu utamanya diletakkan di tengah pentas utama menjadi saksi berlangsungnya upacara merenjis yang diseimbangkan dengan konsep persembahan hiburan yang sederhana.

Kombinasi replika mahligai dengan sistem audio serta penataan lampu serta cahaya berwarna-warni di paparan diod pancaran cahaya (LED) dilihat berjaya menghidupkan suasana kayangan yang dipenuhi kasih dan sayang itu merupakan ilham bondanya, Toh Puan Norlidah R.M Jasni untuk anakanda tercinta, Al Hambra dan isteri, Datin Scarlett Sambinding.

KEK: Al Hambra dan Scarlett memotong kek perkahwinan.

Seperti ibu yang lain, Norlidah juga mengutamakan elemen kasih sayang sebagai pelengkap kepada sebuah keluarga bahagia.

Ia jelas terpapar menerusi sorotan video serta koleksi foto keluarga pemimpin yang paling dekat di hati rakyat Sabah itu.

Pada majlis berkenaan, raja sehari, Al Hambra yang juga Timbalan Speaker DUN Sabah dan Scarlett yang mengenakan busana moden dengan rona putih mutiara tampak sama cantik sama padan.

Permaisuri hati Al Hambra, Scarlett merupakan pengarah di sebuah syarikat swasta kelihatan anggun dengan raut wajahnya yang ayu dan murah dengan senyuman.

Selain ayahanda, Tun Juhar Mahiruddin dan bonda, Norlidah, upacara merenjis disertai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Khadijah Mohd Nor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag dan Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut merenjis, Undang Luak Johol Negeri Sembilan Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah dan isteri, Toh Puan Faridah Hanum Jaafar dan tetamu dari Brunei Darussalam Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Datuk Paduka Seri Mejar Jeneral (B) Mohammad Jaafar Abdul Aziz dan isteri, Datin Salbiah Mohammad Yussof.

Tidak hanya meraikan cinta kedua mempelai, majlis berlangsung lebih kuramg tiga jam di ibu negeri pada Jumaat malam, turut mengenengahkan hiburan untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu dari luar Sabah menerusi lagu-lagu etnik oleh artis-artis tempatan.

Paling istimewa, Istana Seri Kinabalu turut menghiburkan para tetamu dengan penampilan khas Setiausaha Perhubungan Kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah iaitu Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir dengan lagu 'Joget Kaki Lima', anakanda, Datin Al Hanna Surya Juhar menerusi tiga buah lagu dan Al Hambra dengan lagu, 'Senja Nan Merah' duet bersama adindanya.

Ucapan penghargaan dan terima kasih Juhar kepada para tetamu dan petugas yang menjayakan majlis berkenaan dizahirkan oleh menantu, Datuk Dr. Omar Raisul Assalam Syah Sulaiman Omar yang juga Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

Penyatuan dua hati, Al Hambra dan Scarlett telah berlangsung di Masjid Negeri Kota Kinabalu pada 17 November lalu diikuti majlis resepsi pertama di Istana Seri Kinabalu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052141 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list