CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8552|Reply: 0

[Sabah] Pengendali kawalan makhluk perosak perlu menerima latihan

[Copy link]
Post time 3-12-2023 06:19 PM | Show all posts |Read mode

MERVIN

KOTA KINABALU: Pengendali kawalan makhluk perosak yang berlesen wajib diiktiraf serta dilatih oleh industri selain perlu mematuhi Akta Racun Makhluk Perosak Malaysia 1974.

Pengerusi Persatuan Pengurusan Bersepadu Makhluk Perosak Sabah (SIPMA), Mervin Liew berkata, pihaknya berperanan untuk mewujudkan kesedaran agar kemalangan berkaitan dapat dielakkan.

"Pada masa sama SIPMA juga akan mempertahankan hak serta kepentingan syarikat-syarikat kawalan makhluk perosak yang sah di Sabah.

"Ini antara sebab SIPMA ditubuhkan, dalam mesyuarat pertama yang diadakan...saya berharap dapat menyeragamkan kursus latihan bagi syarikat serta pengendali kawalan makhluk perosak di Sabah

"Mewujudkan persaingan sihat serta menggalakkan hubungan yang lebih erat dan mesra dalam kalangan pemain industri serta rakan kongsi," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau juga memberikan jaminan bahawa SIPMA akan bekerja rapat dengan kerajaan negeri dan Persekutuan, jabatan serta agensi berkaitan untuk mewujudkan satu suasana ekosistem yang kondusif dan bebas dari makhluk perosak.

Katanya, usaha itu secara tidak langsung akan memberikan manfaat besar kepada seluruh industri perniagaan di Sabah.

"SIPMA juga akan terus memperkasakan kesedaran orang awam mengenai entomologi makhluk perosak agar pengetahuan ini akan terus beri manfaat kepada masyarakat," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057569 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list