View: 9013|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pekan Rantau Panjang mula dinaiki air
[Copy link]
|
|
SEBAHAGIAN kawasan di pekan Rantau Panjang, Kelantan mula ditenggelami banjir sejak semalam-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
RANTAU PANJANG: Pekan Rantau Panjang yang terkenal dengan ‘syurga’ membeli-belah mula ditenggelami banjir susulan limpahan air Sungai Golok sejak malam tadi.
Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati rata-rata peniaga mula berkemas bagi mengelakkan mereka berdepan suasana panik selepas kawasan itu ditenggelami air sedalam 0.2 meter.
Seorang peniaga selipar, Wahab Abdullah, 50, bagaimanapun berkata, dia masih lagi meneruskan perniagaan seperti biasa walaupun beberapa kawasan di pekan ini sudah ditenggelami banjir.
“Pada masa sama, saya turut mengambil kesempatan untuk menyimpan semua barang jualan ke tempat lebih tinggi supaya tidak terkesan sebaik sahaja banjir sebenar berlaku nanti.
“Kebanyakan peniaga hari ini sudah mengambil keputusan untuk menutup operasi selepas kerana menjangkakan paras air akan terus meningkat berpandukan kepada keadaan cuaca semasa,” katanya ditemui di sini hari ini.
Bagi Rohani Abdullah, 43, pula, dia memilih untuk terus berniaga sate ikan dan sosej bakar walaupun air sudah melimpah masuk ke kawasan pekan.
Katanya, dia membuat keputusan tersebut kerana jualan sate ikan dan sosej mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat setempat kerana ia enak dimakan pada waktu hujan.
“Inilah masa yang ada untuk mencari rezeki sebelum pekan Rantau Panjang ditenggelami banjir dan terputus hubungan,” ujarnya.
Sementara itu Hasanah Isa, 40, berkata, dia sudah menyimpan semua barangan jualan sejak semalam melihat kepada tren peningkatan mendadak air Sungai Golok semalam.
Katanya, bagaimanapun dia berharap banjir kali ini tidak teruk dan mengambil masa yang lama untuk surut.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... g-mula-dinaiki-air/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|